Monday, April 2, 2012

Sentap di pagi Jumaat



Anak dara demam dari Rabu petang baru ni. Dah la masa tu mak nak masuk OT petang hari tu. Tapi sebab takut berjangkit kuman aku tak g hospital. Elok pagi Jumaat, dia nampak segar. Hujan pulak renyai2. Bila dia cakap mama hitam tu, sambil hentak2 kaki g masak makaroni goreng. Tak puas hati punya pasal, aku buat makaroni hitam jugak...


Tengah2 makan aku tanya lagi ....

Mama : Mama hitam ke putih?

Alya : Putih



Serta merta suap anak dgn penuh kasih sayang. En Hubby tetiba tanya lagi

En Hubby : Mama putih ke hitam?

Alya : Hitam.


Ok.. Memang saja tau. Tapi sebab anak dara dah cakap putih tadi, kira conversation yang ke 2 tak diambil kira. Tangah2 makan dia g lap mulut dia ngan tisu pastu cium aku.


Ye la nak, hitam2 pun mama kamu jugak.




No comments:

Post a Comment