Wednesday, May 30, 2012

Sukanya orang show off ek..

Loya rasa bila tengok orang duk menayang harta duniawi ni. Mintak maapla sapa yang terkena tapi ramainya orang yg show off kat FB terutamanya. Sekejap kang ngan beng tangan LV, sekejap kang ngan kete baru. Siap ambik gambar posing dengan barang baru dengan harapan orang akan komen 'wah, beg baru ek?' or 'mesti mahal kan?'


Mostly orang2 yang buat kerja macam ni samaada:


First, dia buat MLM. Mesti la kena show off, kalau tak kang sapa nak percaya business ko menjadik. Padahal tak lama lepas tu dia jual balik barang tu. Let go. Katanya tak pakai sangat.


Kalau ko dah tau tak pakai sangat yang ko beli berlambak2 sampai habis colour ada tu buat aper derrrr..... Tak ke tak siuman perbuatan ko tu.


Tapi sebab strategi MLM mesti tunjuk barang2 branded, dorang ni gagahkan jugak.


Tu tak termasuk barang2 yang dibeli masa g FOC trip to oversea. Sorry to say, yg banyak korang beli fridge magnet, pensil, t-shirt.. benda yang kecik2 untuk souvenier. Baik ko g Bandung, boleh gak beli benda yang sama. Boleh beli kacang2, telekung sembahyang. Lagi afdal. Tapi sebab bunyinya kelasss kan g oversea, Bandung apa kelasss....


Secondly, memang ada jenis2 manusia yang memang suka britau apa yang dia beli. Beli barang sale kat SOGO pun nak britau. Siap susun & snap gambar lagi. Plisss la ok.. Orang2 macam ni terdesak sangat nak perhatian kawan2.


Lepas tu trend baru dia ambik gambar awal pagi ke ofis, then senaraikan jenama baju & accessories yang dia pakai. Seluar jenama apa, baju jenama apa, gelang jenama apa. Sampai ke ksaut & handphone la. Mujur yg kat dalam tak cerita brand apa pakai.


Lemas la weiii...


Apa yang kita dapat sebenarnya?


Mungkin mula2 orang suka nak tengok, tapi lama2 rasa meluat. Yang pelik, tak rasa malu ke buat kerja macam tu?


Takda pulak dia sebut pasal dah bayar zakat or nak kumpul duit g umrah. Heran kan??




Monday, May 21, 2012

Kisah kurang ajar

Aku selalu jumpa orang dgn first impression orang ni baik based on diorang punya penampilan. Memang tak start ngan buruk sangka. Walaupun bila orang cerita si polan ni perangai begitu begini tapi selagi tak kena kat batang hidung sendiri memang tak percaya. Melainkan si polan tu buat hal kat orang lain depan mata aku. Kalau aku tak percaya lagi bingung la namanya kan??



Masa kete Idah kena langgar bulan lepas aku dapat bercakap dgnn sorang manusia yang memang takda budi bahasa. Sikit pun takda budi bahasa. Padahal aku start conversation baik2 lagi. Siap bahasakan diri aku kakak. Nak bagitau aku ni lagi tua dr dia & mintak bersopan sikit. Tapi kalau dah dasar orang kurang hajar, tak kisahla macam mana baik pun kita cakap, dia tetap kurang hajar. Aku sampai letak tepon tak sanggup bercakap ngan orang macam tu.



Lepas letak tepon aku nangis.



Sebab? Sebak ngan orang yang keterlaluan kekuranghajaran. Kol Idah aku dah tersedu2 nangis. Aku bukan jenis orang yang memaki sebut benda yang tak elok tu tapi memang BAB* betul budak tu.


Sama la ngan ada orang lain yang aku jumpa yg tak reti2 nak hormat orang yang lebih tua ni. Tak kisahla mak bapak sendiri ke, kakak abg sendiri ke. Kadang2 ini bukan salah mak bapak tak ajar. Tapi tak MAKAN AJAR. Kesian kat orang2 macam ni. Lagi kesian kat MAK BAPAK dia sebab ada anak macam ni.



Macam mana attitude korang melambangkan macam mana mak bapak ajar korang. Tapi bila mak bapak ajar dah betul, bila anak buat salah, orang lain yang memandangkan akan kata dalam hati "macam ni ke mak bapak dia ajar"... tak ke kesian???


Pun tak pernah terpikir ke aku tua esok ntah2 anak2 aku buat macam ni jugak kat aku. Konfiden sgt la konon anak kang aku nak didik betul2 jgn jadik macam tu sedangkan hukum Allah tu dah jelas.



Plis la ok. Macam mana ko treat mak bapak & orang sekeliling ko, macam tu la dapat esok lusa. Tak kat dunia, kat akhirat mesti dapat punya.


Tapi kalau dah memang resmi KURANG AJAR, cakap la macam mana pun, tak masuk dalam kepala hotak dia.



Friday, May 18, 2012

Anak dara ai la.. sapa lagi

Lama tak cerita pasal Alya kan??




 Masa suh posing kepala tegak. Masa nak snap terus senget kepala





Sila abaikan tilam n toto kat atas lantai. Tu tempat santai En Hubby n anak dara sambil tengok tv. 
Bila Alya pakai skirt baru la nampak feminin sikit kan?
Sekarang dah tak susah nak ikat rambut. kalau tak dulu meronta2 taknak.


 

 Peti ais sekarang kena kunci macam tu sekali. Dia suka sangat mengombah peti ais. Kadang2 dia sorok barang mainan dia dalam peti. Boleh pulak tanya 'Ane ma, ane?'


alif ba ta ngaji tak habis lagi tapi baru2 ni jmp satu lagu dalam yputube untuk budak2 nyanyi lagu alif ba ta yang menarik so Alya boleh la ikut sikit2.


sama la cam ABC pun, baca tak habis lagi tp sebab bg dengar lagu ABC selalu so dia dapat tangkap sampai last tp tak ingat semua. At least something la ek. Kang kata aku tak ajar langsung.



Sekian, terima kasih. :)



Thursday, May 17, 2012

Update...

Lamanya la tak menghupdate. Ada benda nak kongsi tapi takda mood. Kadang2 tak boleh sign in blog sendiri. Ini tak tau hape ke mimpinya tetiba boleh. Padahal dah rasa mengantuk nau ni.


Update 1

Mak lepas operate yg kedua nampak ok. As, adik aku yg kerja nurse tu kami mintak berenti keje sbb mak perlukan anak perempuan untuk mandi, makan dsbg. Minor stroke menyebabkan tangan kanan mak tak boleh nak pegang lg. Now tgh fisio ngan hkl. Next week jmp pakar bedah ijn. Aku nak tunggu apa respon dia. Campur nak suh komplen pasal servis emergencyijn yg tak macam emergency dan membuatkan aku maki 3 kali berturut2 sbb lembap nak mamp**. Yg penting rasa nak ke emergency ijn pun tak hingin. Alang aku pregnant, suara tahap2 terdaya aje. Kalau tak harus suara aku kuat mengomel kat situ.



Update 2


Aku dah masuk 34 mggu. Doktor kata sah baby girl. Uriok, baby pun ok cuma baby kecik skit this time. Mana taknya 7 bln pregnant aku br naik 5 kg j. Masa tu baby br 1.1kg. Doktor bg ubat tambah darah, nah, mencanak nak berat anak 1.9kg. Itupun dia kata kecik. Masa2 ni nak suh mkn banyak pun tak lalu dah. Baby dh duk tpt dia elok. Doktor kata cam bersalin awal j aku ni. Kang kalau tetiba aku senyap sebulan tu maknanya dh bersalin le. Jamu kali ni dh tak membeli jamu2 di pasaran. Kita main beli kat pasaran gelap sudah. Pakai jamumakcik ngurut aku dulu. Pun tak payah pakai slimming2 gel bagai. Hazab memakai gel leesa formula dulu. Habis merah2 perut peha nak bg kurus. Sudahnya pakai 3 kali pastu aku simpan. Menggelupur kepanasan. Sapa nak try meh email aku. Saje la menggatalkan diri. Sapa boleh pakai aku salute la. Jgn lupa pakai bengkung jawa 5 meter skali. Apa kelas pakai gel aje..... Serik aku.. Serik..


Update no 3 dan seterusnya kemudian la y. Lapor cmpr ngantuk cmpr aku tak pandai memakai tab2 ni.