Monday, May 21, 2012

Kisah kurang ajar

Aku selalu jumpa orang dgn first impression orang ni baik based on diorang punya penampilan. Memang tak start ngan buruk sangka. Walaupun bila orang cerita si polan ni perangai begitu begini tapi selagi tak kena kat batang hidung sendiri memang tak percaya. Melainkan si polan tu buat hal kat orang lain depan mata aku. Kalau aku tak percaya lagi bingung la namanya kan??



Masa kete Idah kena langgar bulan lepas aku dapat bercakap dgnn sorang manusia yang memang takda budi bahasa. Sikit pun takda budi bahasa. Padahal aku start conversation baik2 lagi. Siap bahasakan diri aku kakak. Nak bagitau aku ni lagi tua dr dia & mintak bersopan sikit. Tapi kalau dah dasar orang kurang hajar, tak kisahla macam mana baik pun kita cakap, dia tetap kurang hajar. Aku sampai letak tepon tak sanggup bercakap ngan orang macam tu.



Lepas letak tepon aku nangis.



Sebab? Sebak ngan orang yang keterlaluan kekuranghajaran. Kol Idah aku dah tersedu2 nangis. Aku bukan jenis orang yang memaki sebut benda yang tak elok tu tapi memang BAB* betul budak tu.


Sama la ngan ada orang lain yang aku jumpa yg tak reti2 nak hormat orang yang lebih tua ni. Tak kisahla mak bapak sendiri ke, kakak abg sendiri ke. Kadang2 ini bukan salah mak bapak tak ajar. Tapi tak MAKAN AJAR. Kesian kat orang2 macam ni. Lagi kesian kat MAK BAPAK dia sebab ada anak macam ni.



Macam mana attitude korang melambangkan macam mana mak bapak ajar korang. Tapi bila mak bapak ajar dah betul, bila anak buat salah, orang lain yang memandangkan akan kata dalam hati "macam ni ke mak bapak dia ajar"... tak ke kesian???


Pun tak pernah terpikir ke aku tua esok ntah2 anak2 aku buat macam ni jugak kat aku. Konfiden sgt la konon anak kang aku nak didik betul2 jgn jadik macam tu sedangkan hukum Allah tu dah jelas.



Plis la ok. Macam mana ko treat mak bapak & orang sekeliling ko, macam tu la dapat esok lusa. Tak kat dunia, kat akhirat mesti dapat punya.


Tapi kalau dah memang resmi KURANG AJAR, cakap la macam mana pun, tak masuk dalam kepala hotak dia.



No comments:

Post a Comment