Tuesday, June 26, 2012

Dasar orang tak paham bahasa

These few days aku terima phone call dr syarikat insurance ni.Memang kalau aku sebut semua orang tau la. Insurance dia memang bagus tapi orang2 dia memang tak reti bahasa.


Orang pertama call, aku ingat dia nak ingatkan pasal polisi insurance aku & Alya. Then tetiba nak cerita insurance baru. So, aku kata time dia call tak sesuai, aku mintak call balik lain kali.


Orang kedua call, nak promote benda yang sama. Aku kata aku under confinement, so aku rasa tak sesuai nak promote benda2 ni sekarang. Aku ingat dia paham la, tetiba dia kata 'takpe puan, kami call semula petang kang'


Aku dalam hati, adakah ko paham maksud confinement? Adakah waktu pagi ko tepon aku dalam pantang, waktu petang aku tak dalam pantang dah??? Rasa nak tepuk dahi tujuhbelaskali masa tu.


Semalam diorang buat lagi. Kali ni lelaki. Aku dengan sardin nya cakap


'korang ni mmg tak paham2 ke yg sy ni under confinement & taknak diganggu. Jgn call lagi sebab sy tak berminat nak dengar.


Tapi gila kental mamat ni masih nak aku dengar dulu. Aku pun cepat2 potong kata thanks & letak tepon.


Bukan kejam ok, tapi beragak la sikit kalau nak promote insurance pun. Orang dah tolak beberapa kali tak reti2 lg ke. Lagipun aku baru ambik insurance dgn company ni. Kang aku kansel semua kang... Menyesal korang...


Kes tak reti bahasa ni bukan dr orang luar je. Ada gak yg datang dr kalangan keluarga sendiri. Macam ada sorang mamat ni beria2 nak burukkan nama saudara sendiri kat aku. Macam la aku ni biul sangat tak tau cerita from A-Z. Habis cerita 10 tahun lepas pun nak korek lagi.


Bodoh punya tindakan.. Betul2 bodoh.


Sebab orang2 macam ni memang tak da kerja yang lebih berfaedah nak pikir. Ayat kurang ajar aku mudah aje. Kalau keluarga ko huru hara, jgn nak huru harakan keluarga orang lain pulak. Tak ke kerja bangang namanya. Siap nak cerita kat cousin aku.. Hohoho.. sgt kelakar okey. Dia tak tau cousin aku tu tak interested nak tau & lagi digelakkan lagi ada la... Ingat kitorang layan ke benda2 macam ni..  Wasting our time la.... Dia ingat family aku macam dia agaknya.


Alang mamat ni adik orang lain, kalau mamat ni adik aku memang dah kena tampar dah.





Friday, June 22, 2012

Update masa berpantang pulak

Memang bahagia jadi baby ni kan? Yang dia tau minum susu, tido, berak kencing.. pastu ulang lagi. Tido sgt lena sampai tangan dua2 naik atas.. Fuh.. bahagia.


Aku jugak yang tak berapa nak bahagia malam tadi. Dr pukul 12.30mlm sampai 3.30 pagi berjaga. Elok dah minum susu, dia segar mata tengok2 kawasan. Dah elok mengantuk tersedu la pulak. Dah habis sedu mintak susu lagi. Dah elok mata pejam muntah susu sikit (banyak nau minum).. Pastu nak gak susu sikit lagi.. baru tido..


Pagi ni adik n kakak dua-dua bangun sebelum Subuh. Elok adik tido, kakak taknak tido. Mintak tlg En Hubby layan la apa lagi, aku kena sambung tido kalau tak kang jadik zombie. Tak pasal.


Dah masuk 10 hari dah aku berpantang. Maknanya dah 10 hari tak g mana2 except hospital. Semalam ada rancangan nak duk dalam kete g pusing2 kejap tapi tak jadik. Kalau masa berat2 mengandung dulu pantang rasa boring kitorang keluar g tengok lampu. Padahal jalan tu jalan yang sama tiap2 kali keluar tapi layan jugak. At least terang mata memandang. Ni?? Aduhaiiiii... Terseksa jiwa raga. Tengok tv je la, nak buat apa lagi.


Nasib baik blog ada, boleh gak merempan jelajah tengok blog orang lain. Habis cerita aku tengok. Sampai ke resipi2 pun aku baca. Gila tak cool......


*tutupmuka sambillapairmata*

Wednesday, June 20, 2012

My anak-anak dara....

Bila anak-anak dah tido baru boleh update blog.Honestly rasa macam sangat mak-mak bila anak masuk 2. Nak kena fair kat dua2 orang. Tapi masa-masa ni memang kesian kat Alya la sebab tak boleh nak layan dia sangat. Most of the time dengan adik especially waktu malam. Siang dia main j, boring2 dia tengok kartun. Tapi bila nak tido masih nak mama dia. Nak kena tido kat tepi jugak. Malam tadi siap susun 3 bantal, dia tido tengah. OOOoooo.. Bahagianya hidup dia. Kita jugak tido tak lena. 





Soalan trivia, cuba teka yg mana satu Alya & adik.


Pipi sama2 tembam. Rupa dah lebih kurang.


Jawapannya nanti okey...

 




Monday, June 18, 2012

Dah selamat bersalin dah....

Alhamdulillah, dah selamat melahirkan anak pada 12 Jun, hari Selasa baru2 ni. Lambat nak updte dlm blog sebab berpantang 3 hari kat rumah mak dulu. Sambil2 tu settlekan berurut terus. Kebetulan makcik, pakcik & tok datang dari kampung, so meriahla rumah sekejap. Idah pun ambik cuti sampai 3 hari nak menyetelkan anak buah dia.... 



As pun sama naik sibuk dgn nak uruskan mak lagi, nak tlg uruskan anak buah lagi. Kesian kat adik2 penat melayan.  



Oooooo.. Jasamu along kenang... sob, sob.. (drama jap) 



OK, nanti kita tengok gambar. Ada trivia lagi. Sekarang mau tido. Adik suka nau berjaga waktu pagi2 hadam orang lain tengah sedap tido... 



Mama kena redho la nak ....



Gnite..




Monday, June 11, 2012

Update on my 38 weeks


Perasaan yang paling ketara of course la nak bersalin cepat2. Tiap2 hari rasa dah tak larat sangat dah rasanya. Pulak tu dengar cousins lepas sorang, sorang bersalin. dah 2 minggu berturut2 dapat orang baru. Kalau aku bersalin minggu ni maknanya 3 weeks in a row.



Hari ni baru nampak kaki bengkak sikit. Masak pun lebih kurang j. Makan pun lebih kurang. Mana lalunya nak makan macam2 masa ni. Cuma nya semalam ada rasa nak makan aiskrim tapi sebab Alya taknak keluar so tak dapek la makan. Lagipun makan aiskrim masa2 ni cepat sakit tekak. Nak tido malam pun tak selesa. Macam ada kahak sangkut kat tekak. Tapi air sejuk aku libas jugak. Semalam dapat la se jug air Nescafe sejuk. Sekali hadap aje.

 

Fuh, nikmat.........



Semalam ntah kenapa aku tengok balik gambar Alya masa baby. Wondering macam mana pulak la rupa adik dia nanti.





Sepet betul mata dia masa ni.. Masa ni nurse bagi lepas anak kejap j. Semua dah balik, tinggal aku n En Hubby kat dalam bilik. Insist jugak nak tengok anak sendiri.


Tak sabar nak tunggu adik pulak.... :)





Sunday, June 10, 2012

Sejuk je doa ni - Doa Dhuha (UNIC) Official





Selalu pulak doa ni keluar kat TV Alhijrah. Bila dengar sekali dah terasa best. Jomla dengar. Kongsi benda2 ilmiah pulak kan...





Wednesday, June 6, 2012

Sila eja betul2


Ag xdew kr nyt nk wat wcop fgrpy kt cinew.... 



Ok, sapa pandai tolong translate apa ayat di atas cuba nak cakapkan....




Take ur time.....




Sambil2 bertenang....





Boleh nak g buat2 kopi dulu pun...





OO.... tapi jgn carik kat google translater, memang takda dalam kamus...




Dah???



Tak dapat??



Ok, yang ni aku ambik dari page FB Saiful Nang. Budak2 punya soalan ni.



abg xde ke niat nak buat workshop fotografi kat sini



Apala masalah bahasa budak2 zaman sekarang. Dah tak boleh nak tulis mengeja elok2 ke? Kita yang membaca pun tension. Bila dah baca banyak sangat, rasa macam nak lempang pun ada. Kadang2 orang tua pun buat jugak. Contoh dia nak eja baby, tapi eja beby. Apa masalahnya? Kan eja baby tetap kena tapi 4 huruf.
Kadang2 terlebih mengeja pulak. Contoh nak tulis tu, tapi eja tew. Pun jadi pown. Serius aku ingat pown tu short form untuk pondan



Cukupla satu perenggan budak2 duk mengeja macam ni, terus aku tak ada rasa nak baca.


Mungkin ejaan2 macam ni sesuai bila nak maki bos. Nanti aku carikkan kalau jumpa.