Friday, June 22, 2012

Update masa berpantang pulak

Memang bahagia jadi baby ni kan? Yang dia tau minum susu, tido, berak kencing.. pastu ulang lagi. Tido sgt lena sampai tangan dua2 naik atas.. Fuh.. bahagia.


Aku jugak yang tak berapa nak bahagia malam tadi. Dr pukul 12.30mlm sampai 3.30 pagi berjaga. Elok dah minum susu, dia segar mata tengok2 kawasan. Dah elok mengantuk tersedu la pulak. Dah habis sedu mintak susu lagi. Dah elok mata pejam muntah susu sikit (banyak nau minum).. Pastu nak gak susu sikit lagi.. baru tido..


Pagi ni adik n kakak dua-dua bangun sebelum Subuh. Elok adik tido, kakak taknak tido. Mintak tlg En Hubby layan la apa lagi, aku kena sambung tido kalau tak kang jadik zombie. Tak pasal.


Dah masuk 10 hari dah aku berpantang. Maknanya dah 10 hari tak g mana2 except hospital. Semalam ada rancangan nak duk dalam kete g pusing2 kejap tapi tak jadik. Kalau masa berat2 mengandung dulu pantang rasa boring kitorang keluar g tengok lampu. Padahal jalan tu jalan yang sama tiap2 kali keluar tapi layan jugak. At least terang mata memandang. Ni?? Aduhaiiiii... Terseksa jiwa raga. Tengok tv je la, nak buat apa lagi.


Nasib baik blog ada, boleh gak merempan jelajah tengok blog orang lain. Habis cerita aku tengok. Sampai ke resipi2 pun aku baca. Gila tak cool......


*tutupmuka sambillapairmata*

No comments:

Post a Comment