Thursday, July 26, 2012

Anggap aje tak sedap okey



Baru tau makruh tayang2 makanan ni. Tapi niat nak share resipi makanan, tak boleh ke? Takpe la, kita kira tak sedap makanan yang aku tayang tu la yer...



Nasi Bukhari ni aku buat masa masak dalca daging hari tu. Kalau nak tengok resipi beli rempah Nasi Bukhari Faiza. Aku ikut bulat2 kat situ.

Tak koser nak taip satu2. Posa la katakan.




Ni gambar dalca daging yang aku buat tu. Dah sekian lama baru nak letak gambar.


Hari ni masak yang mudah2 je. Aku nak buat mee goreng & air sirap bandung. En Hubby buat roti john. Dia tak puas hati dgn roti john kat bazaar. Peminat tegar la katakan. Pukul 5 dah semerbak bau makanan.  


Dugaan... dugaan..

 

Tuesday, July 24, 2012

Nak kongsi resipi hari ni


Hari ni dah hari ke 42 berpantang. Tinggal lagi 2 hari je cukup 44 hari. Selepas 44 hari aku nak carik sirap sejuk. Tak banyak, sikittttt jee (bak kata Alya).



Tapi peti sejuk aku penuh ngan air sejuk. Macam mana tu???


Hari pertama posa kami balik rumah mak kat Sg Choh. Adik2 perempuan ada, pastu rajin pulak buat rendang ayam kampung. Aku awal2 lagi surrender nak masak sebab first day menguruskan 2 orang anak dah sakit kepala. Pastu terasa lapar sesangat. Adik pulak lepas menyusu nak menyusu lagi. Pasal tu kot aku rasa lapar sangat. Tapi tak boleh lawan tahap kelaparan cousin aku. Kalau lapar dia kata  'nak mati doh ni'. Yang tu gila saiko.


Semalam En Hubby request buatkan dalca daging. Dia nak masak Nasi Bukhari. Nak lawan abang ipar dia yang terror masak Nasi Beriani. Tak pasal2 aku bukak internet nak carik resipi. Tak pernah buat la katakan. Selalu mak yang buatkan, kita tolong kacau je. Aku cuba resipi yang ni. En Hubby kata ok, first time masak la katakan. Itu pun banyak benda yang takda.


Dalca Daging


Bahan-bahan:

500 gram daging cincang yang fresh - aku hentam tak kira dah berapa gram
1 cawan kacang dhal (rebus sampai empuk)
2 sudu cili kering kisar
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar serbuk kari
Rempah tumis (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga)
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Minyak utk menumis




Sayur-sayuran: Aku tak ikut semua, mana yang ada sudeh...

 3 biji terung
 2 biji kentang
 10 urat kacang panjang
 1 batang lobak merah
 2 biji tomato




Cara-cara:

Potong sayur-sayuran ikut suka
Tumbuk halia, bawang merah & bawang putih.
Tumis cili kisar & semua bahan2 yg telah ditumbuk tadi. Gaulkan sebentar sehingga naik bau.
Masukkan rempah tumis.
Selepas itu masukkan serbuk kari, gaul sebentar.
Terus masukkan daging hancur.
Masukkan air & tutup periuk.
Masukkan santan & air asam jawa.
Setelah daging agak empuk masukkan kacang dhal yg telah direbus tadi.
Masukkan sayur2an dimulai dengan yg agak keras dahulu iaitu kentang, lobak merah, terung, kacang panjang & akhir sekali barulah tomato.
Masukkan garam, gula & serbuk perasa (jika suka).


 (Gambar nanti aku upload ye)


Pastu terajin pulak buat agar-agar susu. Resipi yang paling senang dalam dunia ni aku britau kemudian ek. Resipi ni dapat dari makcik kat KT. Tiap kali buat open house mesti buat agar-agar ni.


 Nasihat dari aku, jgn google makanan banyak2 bulan posa ni. Kurang pahala posa korang. Aku takpe, tak posa lagi.... wakakakakaka... (bak kata kawan aku gelak syaiton)

Saturday, July 21, 2012

My Girl

Aku tak announce lagi nama anak dara kan? Selalu ingat nak announce tapi sibuk ngan anak2 cam tu la. 


Presenting my little girl, Wan Nur Safiyya.











Sila abaikan dagu yang berlapis. Punya la banyak minum susu anak dara ni. Naik lembik loli aku dibuatnya. Susu aku lagi, susu formula lagi. Pampers semedangnya penuh. Fully occupied. Melimpah2 lagi ada. Cukup sebulan naik sampai 4kg. Khasiat susu ibu la katakan....


Safiyya setakat hari ni tak nampak lagi lesung pipit dia. Rasa2 nya takda. Alya dulu pasal terkenan ngan budak ofis aku. Kata lagi yang ada lesung pipit tu cacat, padan ngan muka aku. Sekali dapat ke anak. Cacat bukan pasal apa, kawan seopis tu bangga nau ngan lesung pipit dia. Boleh buat persatuan lagi kat floor tpt aku kerja tu. Bengkak aje hati orang yang takda lesung pipit ni.


Adik2 aku tanya nak panggil apa Safiyya ni. Aku sendiri panggil nama penuh. As nak panggil Pea. Berani la dia panggil Pea. Aku panggil dia Peah baru tau.



Friday, July 20, 2012

Dah nak posa dah...

Ada satu blog yang biasa aku baca ni pandai betul memasak. Bila dia cerita pasal makanan rasa cam marvelles benar.Padahal kadang2 cerita pasal cucur udang je pun. Tapi bila bercerita sambil kata 'udang yang besar2 di campur dgn segala macam rencah, digoreng pulak waktu hujan turun, aduhaiiiiii sedap betul' memang terbayang depan mata. Rasa nak buat time tu jugak.


Kakak ni ada buat kuih raya. Korang baca kat sini & sini.


Masa aku kerja kat Karangkraf dulu selalu duk menghadap majalah Rasa time Ramadhan. Asal  masuk bulan posa mula la membelek dari muka depan sampai belakang. Habis khatam. Dah tu nak buat apa lagi waktu rehat kan? Dari aku membuta baik aku tengok makanan. Kenyang mata aku. Tinggal tak sendawa je lagik.


Ada satu masa tu 1 jam duk bercerita ngan abg2 sedepartment aku pasal makanan. Tak pasal2 diorang punya pahala posa tinggal sikit. Masa nak balik badan dah lembik teringat kat makanan2 tadi.


Pastu tu time posa ni jugakla kita rajin meng-goggle resipi. Padahal takla masak semua pun. Saje gatai tangan. Nak kata balik kang masak 3, 4 jenis lauk nak berbuka, tak jugak. Sekali yang sempat nasi goreng aje. Punah harapan....
Tapi rasanya tahun ni tak sempat nak carik2 resipi dah. Tak sempat nak belek komputer lama2 pun. Masak yang simple2 sudehhh..


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!!!! 



Wednesday, July 11, 2012

Cukup dah sebulan

Hari ni cukup sebulan aku berpantang.  Tapi jamu banyak lagi yang tak habis. Sebabnya si adik ni kembung perut hari tu sampai tak tido kitorang laki bini. Nasib baik En Hubby jenis yang boleh keluarkan angin ni. Dia pegang je perut adik, sendawa. Sama gak masa aku pregnant hari tu. Asal rasa berangin je badan aku, aku mintak dia pegang. Alih2 dia yang sendawa. Aku rileks takda efek langsung.


Duk pegang Alya tadi baru perasan dah besar panjang dah anak dara aku. Nak peluk macam dulu2 pun dah tak larat. Semangat bukan main. 




Masa ni baru balik dari IJN. Atok nenek ajak jalan2. Dia lagi suka. Sekali makcik dia belikan tudung. Tapi hampeh, pakainya kejap je. Lepas posing takmo pakai dah. Bila tengok dia posing macam ni, teringat kat gambar2 lama aku masa kecik2 dulu. Sama je lentak lentok nya. Teringin nak upload nak tunjuk kebenaran kegedikan aku ngan Alya sama masa kecik tapi gambar aku tu pakai skirt. Kang ada pulak yang geleng2 kepala tengok... hehehehe.. Nantila, kalau aku berjaya mendapatkan gambar yang agak2 waras untuk tatapan korang, aku scan n upload kat sini. Tapi bak kata adik aku, Idah, memang menurun terussssss takda tapis2 dari aku ke Alya.


Semalam aku tido 2.5 jam aje. Si adik berjaga dari pukul 3.30 pg sampai 8.30 pg tadi. Menitik air mata aku tak tahan mengantuk. Kental pulak mata dia tu boleh berjaga sampai 5 jam. Lepas dia tido je aku pun tido. Dengan hujan renyai2... OOooooo syioknya... Nanti aku upload gambar adik dia pulak. Sejak2 jadi zombie ni takda mood langsung nak ambik gambar. 


Sunday, July 8, 2012

Entry pendek je : Suami2 kena baca blog ni

Masa jalan2 baca blog orang lain, ada blogger yang duk promote satu blog ni. Kisah isteri dia yang asalnya kena asma dan menyebabkan berlaku kerosakan saraf otak. Seriusly, aku tak tau pun yang penyakit asma boleh contribute kepasa kerosakan saraf otak.


Blog ni husband dia buat macam diari untuk isteri dia dgn harapan kalau Allah izin isteri dia sihat, bolehla isteri dia baca nanti. Sangatla kental semangat husband dia ni, bertuah sungguh wife dia.


Boleh click kat sini ataupun korang tengok kat list blog sebelah tu.


 Happy Sunday!!!

Thursday, July 5, 2012

Angan-angan..

Bila duk rumah je masa berpantang ni, habis rancangan TV aku tengok. Sampai ke Masterchef Selebriti pun aku tengok. Padahal dah tau mesti banyak drama punya. Lagi2 kalau si Azwan. Tapi tengok jugak kan?

 
Pastu tertengok Sapa Di Rumah? kat Astro. TEngok rumah orang pastu chef & selebriti memasak. Masak lagi. 2 hari ni terjebak tengok Cake Boss kat saluran 707. Jamie Oliver buat brownies tadi pun cam sempoi je. 15 min dh siap.


Apa yang aku tengok sebenarnya??? Diorang punya kitchen la.. Sangat praktikal & sungguh syiok memasak bila kitchen friendly user. Semua ada kat situ.






 Comel kan? Kalau rumah yang jenis lapang sampai habis boleh la buat partition unt dapur macam ni.




 Dapur warna putih ni mcm unt org yg tak masak sgt j. Sebab cepat nampak kotor. Tapi sgt English style. Tido kat dapur pun boleh cam ni.





 Kecik & ringkas. Nak main kejar2 pun boleh lagi ni.





 Aku suka colour dia. Pastu semua built in. Oven kat situ, peti sejuk & stove pun dekat2. Sungguh teruja nak masak. Kalau ada island table sikit kat situ pun best. Sambil masak, sambil bergosip. Alang kalau balik ke rumah mak pun bila masak ramai2 mesti nak duk kat dapur jugak bergosip. Nasib gak ada tempat nak duk bersantai. Bentang tikar, duk bersimpuh ramai2 dah boleh berborak.



Nak sambung berangan lagi.....



Monday, July 2, 2012

Bosan dah wehh..

Lamanya nak habis pantang. Apasal la berpantang sampai 44 hari.33 hari tak boleh kah? Cuti 2 bulan tu aku setuju. Ni berpantang lama2 mak ai.. letih den.


Yang penatnya sebab duk terperap dalam rumah ni ha. Kalau tak boleh jugak g round2 KL. Pastu masa2 ni dah dekat nak posa. Mula la rasa nak makan tu la, ni la. Tetiba pulak keluar resipi2 yang sangat menarik nak dicuba tapi sebab berpantang sila lupakan.... Owh.. ice blended....


Dah 2 hari jadi walking zombie. Semalam boleh jugak qada' tido sebab Alya telah dikidnap oleh atoknya. Hari ni dah petang baru boleh lelapkan mata. Ini pun ada rasa nak mintak belas kasihan nak tido lagi. Adik mcm tau2 aje semalam final bola. 1.15 pagi dah bangun 'exercise' mulut. Tapi bola dah nak habis adik tak tido2 lg. Akhirnya 4.15 pg baru lelap. Itupun lepas beberapa round minum susu.


Okla, itu aje la nak cerita. Nnt aku nak kongsi cerita pahit lagi benar & nk tunjuk gambar yang menarik.


Daa...