Wednesday, July 11, 2012

Cukup dah sebulan

Hari ni cukup sebulan aku berpantang.  Tapi jamu banyak lagi yang tak habis. Sebabnya si adik ni kembung perut hari tu sampai tak tido kitorang laki bini. Nasib baik En Hubby jenis yang boleh keluarkan angin ni. Dia pegang je perut adik, sendawa. Sama gak masa aku pregnant hari tu. Asal rasa berangin je badan aku, aku mintak dia pegang. Alih2 dia yang sendawa. Aku rileks takda efek langsung.


Duk pegang Alya tadi baru perasan dah besar panjang dah anak dara aku. Nak peluk macam dulu2 pun dah tak larat. Semangat bukan main. 




Masa ni baru balik dari IJN. Atok nenek ajak jalan2. Dia lagi suka. Sekali makcik dia belikan tudung. Tapi hampeh, pakainya kejap je. Lepas posing takmo pakai dah. Bila tengok dia posing macam ni, teringat kat gambar2 lama aku masa kecik2 dulu. Sama je lentak lentok nya. Teringin nak upload nak tunjuk kebenaran kegedikan aku ngan Alya sama masa kecik tapi gambar aku tu pakai skirt. Kang ada pulak yang geleng2 kepala tengok... hehehehe.. Nantila, kalau aku berjaya mendapatkan gambar yang agak2 waras untuk tatapan korang, aku scan n upload kat sini. Tapi bak kata adik aku, Idah, memang menurun terussssss takda tapis2 dari aku ke Alya.


Semalam aku tido 2.5 jam aje. Si adik berjaga dari pukul 3.30 pg sampai 8.30 pg tadi. Menitik air mata aku tak tahan mengantuk. Kental pulak mata dia tu boleh berjaga sampai 5 jam. Lepas dia tido je aku pun tido. Dengan hujan renyai2... OOooooo syioknya... Nanti aku upload gambar adik dia pulak. Sejak2 jadi zombie ni takda mood langsung nak ambik gambar. 


No comments:

Post a Comment