Friday, July 20, 2012

Dah nak posa dah...

Ada satu blog yang biasa aku baca ni pandai betul memasak. Bila dia cerita pasal makanan rasa cam marvelles benar.Padahal kadang2 cerita pasal cucur udang je pun. Tapi bila bercerita sambil kata 'udang yang besar2 di campur dgn segala macam rencah, digoreng pulak waktu hujan turun, aduhaiiiiii sedap betul' memang terbayang depan mata. Rasa nak buat time tu jugak.


Kakak ni ada buat kuih raya. Korang baca kat sini & sini.


Masa aku kerja kat Karangkraf dulu selalu duk menghadap majalah Rasa time Ramadhan. Asal  masuk bulan posa mula la membelek dari muka depan sampai belakang. Habis khatam. Dah tu nak buat apa lagi waktu rehat kan? Dari aku membuta baik aku tengok makanan. Kenyang mata aku. Tinggal tak sendawa je lagik.


Ada satu masa tu 1 jam duk bercerita ngan abg2 sedepartment aku pasal makanan. Tak pasal2 diorang punya pahala posa tinggal sikit. Masa nak balik badan dah lembik teringat kat makanan2 tadi.


Pastu tu time posa ni jugakla kita rajin meng-goggle resipi. Padahal takla masak semua pun. Saje gatai tangan. Nak kata balik kang masak 3, 4 jenis lauk nak berbuka, tak jugak. Sekali yang sempat nasi goreng aje. Punah harapan....
Tapi rasanya tahun ni tak sempat nak carik2 resipi dah. Tak sempat nak belek komputer lama2 pun. Masak yang simple2 sudehhh..


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!!!! 



No comments:

Post a Comment