Saturday, July 21, 2012

My Girl

Aku tak announce lagi nama anak dara kan? Selalu ingat nak announce tapi sibuk ngan anak2 cam tu la. 


Presenting my little girl, Wan Nur Safiyya.











Sila abaikan dagu yang berlapis. Punya la banyak minum susu anak dara ni. Naik lembik loli aku dibuatnya. Susu aku lagi, susu formula lagi. Pampers semedangnya penuh. Fully occupied. Melimpah2 lagi ada. Cukup sebulan naik sampai 4kg. Khasiat susu ibu la katakan....


Safiyya setakat hari ni tak nampak lagi lesung pipit dia. Rasa2 nya takda. Alya dulu pasal terkenan ngan budak ofis aku. Kata lagi yang ada lesung pipit tu cacat, padan ngan muka aku. Sekali dapat ke anak. Cacat bukan pasal apa, kawan seopis tu bangga nau ngan lesung pipit dia. Boleh buat persatuan lagi kat floor tpt aku kerja tu. Bengkak aje hati orang yang takda lesung pipit ni.


Adik2 aku tanya nak panggil apa Safiyya ni. Aku sendiri panggil nama penuh. As nak panggil Pea. Berani la dia panggil Pea. Aku panggil dia Peah baru tau.



No comments:

Post a Comment