Tuesday, July 24, 2012

Nak kongsi resipi hari ni


Hari ni dah hari ke 42 berpantang. Tinggal lagi 2 hari je cukup 44 hari. Selepas 44 hari aku nak carik sirap sejuk. Tak banyak, sikittttt jee (bak kata Alya).



Tapi peti sejuk aku penuh ngan air sejuk. Macam mana tu???


Hari pertama posa kami balik rumah mak kat Sg Choh. Adik2 perempuan ada, pastu rajin pulak buat rendang ayam kampung. Aku awal2 lagi surrender nak masak sebab first day menguruskan 2 orang anak dah sakit kepala. Pastu terasa lapar sesangat. Adik pulak lepas menyusu nak menyusu lagi. Pasal tu kot aku rasa lapar sangat. Tapi tak boleh lawan tahap kelaparan cousin aku. Kalau lapar dia kata  'nak mati doh ni'. Yang tu gila saiko.


Semalam En Hubby request buatkan dalca daging. Dia nak masak Nasi Bukhari. Nak lawan abang ipar dia yang terror masak Nasi Beriani. Tak pasal2 aku bukak internet nak carik resipi. Tak pernah buat la katakan. Selalu mak yang buatkan, kita tolong kacau je. Aku cuba resipi yang ni. En Hubby kata ok, first time masak la katakan. Itu pun banyak benda yang takda.


Dalca Daging


Bahan-bahan:

500 gram daging cincang yang fresh - aku hentam tak kira dah berapa gram
1 cawan kacang dhal (rebus sampai empuk)
2 sudu cili kering kisar
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar serbuk kari
Rempah tumis (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga)
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Minyak utk menumis




Sayur-sayuran: Aku tak ikut semua, mana yang ada sudeh...

 3 biji terung
 2 biji kentang
 10 urat kacang panjang
 1 batang lobak merah
 2 biji tomato




Cara-cara:

Potong sayur-sayuran ikut suka
Tumbuk halia, bawang merah & bawang putih.
Tumis cili kisar & semua bahan2 yg telah ditumbuk tadi. Gaulkan sebentar sehingga naik bau.
Masukkan rempah tumis.
Selepas itu masukkan serbuk kari, gaul sebentar.
Terus masukkan daging hancur.
Masukkan air & tutup periuk.
Masukkan santan & air asam jawa.
Setelah daging agak empuk masukkan kacang dhal yg telah direbus tadi.
Masukkan sayur2an dimulai dengan yg agak keras dahulu iaitu kentang, lobak merah, terung, kacang panjang & akhir sekali barulah tomato.
Masukkan garam, gula & serbuk perasa (jika suka).


 (Gambar nanti aku upload ye)


Pastu terajin pulak buat agar-agar susu. Resipi yang paling senang dalam dunia ni aku britau kemudian ek. Resipi ni dapat dari makcik kat KT. Tiap kali buat open house mesti buat agar-agar ni.


 Nasihat dari aku, jgn google makanan banyak2 bulan posa ni. Kurang pahala posa korang. Aku takpe, tak posa lagi.... wakakakakaka... (bak kata kawan aku gelak syaiton)

No comments:

Post a Comment