Thursday, August 23, 2012

Raya kami tahun ni

Tahun ni first time kami sekeluarga beraya kat Rawang. Daptlah berkumpul semua adik beradik. Terasa la havoc nya di pagi raya. Tapi memang tak merasa la nak g sembahyang raya. Letih bersilat ngan 2 anak dara ni rupanya. Tu baru 2 orang, kalau ramai lagi aku boleh pengsan.



Gambar kitorang dulu la ek...

Rupa aku dalam gambar cam gemuk benar, padahal turun 12 kilo. Dah hari ke 5 raya aku rasa dah naik lagi 2 kilo. 




Ye, kadang2 aku tak paham siapakah yang sungguh gembira di pagi raya. Anak buahnya kah?? Makciknya kah??




 Dia lagi.. Mintak maapla ye. Memang minah interframe sungguh adik aku ni. Anak buah terpaksa redho.. 


Tak caya tengok muka Alya. Siap juling2 lagi. Dalam hati dia kata
'Che Da lagiii.....'



 Ni barula ada kesempatan bergambar berdua.
My Alya & cousin dia, Rayyan.


Nak dijadikan cerita lepas solat kami balik PD. Lepas jumpa makcik, pakcik & cousins semua, kitorang g la apartment yang abah tempahkan. Tapi masya allah, punya la haprak condo tu, dah rupa cam haunted condo. Sesiapa yang nak g PD please, please, please jgn booked Cocobay Condo Beasch Resort. Apartment yang kitorang dapat tu ok biliknya tapi bilik lain yang sebaris dengannya tak terurus. Dah la Idah sorang yang naik g tengok bilik tu. Last2 kami mintak balik duit & g hotel lain. Nasib baik dapat walaupun harga super peak sampai RM800++.



 Semua turun g main air pagi tu. Tinggal abah ngan Safiyya j dalam bilik. Macam biasa makcik2 sungguh over. Anak buah apatah lagi..




 Mama pun sama, tapi apa de hal. Raya kan...
Pedulikla. Bukan selalu dapat main air macam ni.





Sopan betul gambar kitorang kan?



 Semangat sungguh Safiyya ni. Dah pandai senyum dah bila orang mengagah dia.



 Kalau nampak aku je mulut cuk cak, cuk cak nak mintak susu.



 Budak comel, cepat 2 besar ok..


SELAMAT HARI RAYA u ollss..

MAAF ZAHIR & BATIN


Thursday, August 16, 2012

Ooooo.. Apakah yang aku buat di sini?

Rajin pulak nak menjengah blog orang lain pagi2 ni tapi eh manakah semua orang? Tak menghupdate blog masing2 dah. Semua sibuk ngan persiapan raya. Aku sibuk g sana sini berulang dari HQ ke Senawang. Orang lain sibuk pikir nak masak apa, aku sibuk ngan hal kerja. Masa ni la ada gaji yang salah, yang itu salah, yang ini salah, nak buat invoice la.. System pulak out. Adoii Fening!!


Masa aku naik train komuter dari Senawang ke KL semalam, aku realised yang ramainya la warga asing yang menggunakan train ni. Fine la dia nak naik sekali. Yang tak siok sikit dia segerombolan kawan2 dia ni bawak sikit punya banyak barang macam nak pindah rumah naik komuter. Siap kipas, periuk nasi dan beg 2, 3 bijik. And of course la bila barang dah banyak, banyak la space yang dia guna dalam train tu. Bila orang lain masuk dah tak boleh duduk sebab dia letak beg baju dia atas seat. Yang kena berdiri orang kita. Ni baru kena dengan peribahasa Karam Singh Walia


Kera di hutan disusukan, anak kat rumah minum susu lembu.

Warga asing duduk, warga Malaysia berdiri.


Semak betul pandangan semalam. Sempat la aku snap 1 gambar nak bagi bukti tapi tak boleh nak transfer pulak. Nanti2 la aku tunjuk bukti. sepanjang perjalanan yang lebih 2 jam tu asik keluar masuk warga asing aje. Naik menyampah pun ada.


 Penyudahnya hari ni aku nak balik awal. Takmo bersesak2 mcm semalam. Lagipun dah nak raya kan. Orang lain duk kat rumah menggentel biskut, aku sibuk kerja sampai esok.


Ooooo.. nehiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!




SELAMAT HARI RAYA KORANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!










Tuesday, August 14, 2012

Wedges!!

Uik, tetiba boleh pulak masuk personal blog. Salah setting kat IT kot. Hohohoho.. syioknya. Alang2 dah boleh masuk ni, meh kita update kejap blog.


Persediaan raya kebanyakkannya dah ada. Yang takda tinggal kuih raya & kasut raya aku. Kasut aku sepanjang mengandung dah berubah colour. Asik kena hujan panas, mana taknya. Nasib baik sandal murah. Sandal leper pulak tu, tak semenggah nak bawak ke ofis. Ada high heel tapi sikit punya eksen nak pakai time beraya rumah sedara. Dengan nak membawak Safiyya lagi. Tidak leeeerrr....


Semalam ada meng-google ZALORA. Bosan takda kerja sangat nak buat semalam plus kawan sebelah pun yang memulakan google ZALORA nih. Bukak je website aku check wedges dulu.
Alololo comeinya siap ada bunga lagi.
First time tengok dah suka. Tapi payahla nak jaga. Akhirnya pakai few times aje.
Yang ni pun cantik. Tapi sampai 200 lebih harga. Apakah???
Simple n cute kan???
Nak pakai wedges kaki nak kena grooming dulu la. Ni kasut bukan main indah lagi, tapi kaki mak aiii, pemandangan tak cantik langsung.




Selamat bershopping!!!!


Thursday, August 9, 2012

Korang duduk dalam kategori apa???

Sorry for lack update. Kat ofis tak boleh bukak blog, FB apatah lagi. Bila balik umah berkisah ngan anak2, lebih2 lagi adik. Lepas dia tido, aku kemas2 dapur n terus masuk tido. Semalam dia sangat bagus. Belum sempat dia bukak mata aku dah hulur susu. Dapatla 2 kali malam tadi. Sampai ke waktu sahur dia tido. Lega sikit. Kalau tak, nak bangun pagi g kerja tu sikit punya hazab nak bukak mata.


Kebetulan last week mak admitted kat IJN lagi. Ada nanah sikit kat dada. Dah tak reti nak kata salah sapa kali ni. Salah makankah? Tak cukup jaga ke? Pulak tu masa first day aku kerja doktor kata ada kuman dalam darah. Dahla aku baru kerja, Idah kat Putrajaya. Memang betul2 harapkan As je jaga mak kat hospital. Sian pulak. Bapak pulak masa tu la first time kena gaut. Duk pulak kat rumah sorang2. Seboleh-boleh nak tido kat rumah sendiri jugak. Nasib baik Idah dapat mintak cuti hari Jumaat & mak boleh keluar dr hospital hari tu jugak. Alhamdulillah.


Masa2 mak bapak sakit ni la pentingnya ada anak lelaki di sisi. Bukan apa, kalau perlu g ke sana sini tak risau sangat sebab dia lelaki. Kalau anak perempuan ni, mak bapak risau sikit biar ke sana sini lebih2 lagi waktu malam. Kan ke tanggungjawab menjaga mak bapak tu pada anak lelaki. Dalam hati anak2 lelaki mesti ada rasa tanggungjawab nak jaga mak bapak. Bila tepuk dada, tanya diri sendiri. Ada tak terlintas nak buat macam tu. Kalau ada tapi hangat2 taik ayam, tak payah canang kat orang kata nak jaga tapi bagi seribu macam alasan.

Jangan dah susah baru nak carik mak bapak.

Jangan bila nak harta baru nak sibuk jaga mak bapak.

Itu namanya TALAM.


TALAM DUA MUKA!!!


Ada orang dia jaga jugak mak bapak dia tapi dalam hati menyampah. Kang kalau tak jaga kata apa pulak.


Yang ni namanya HIPOKRIT.
 


Korang tanya korang jatuh dalam kategori apa. Bila dah tau, tapi tak mo admit, lagi teruk.


Yang ni namanya EGO.


Dengan mak bapak pertahankan la ego yang macam tu. Tak sampai ke mana pun. Bila tertutup mata mak bapak, masa tu hilangnya doa seorang mak, baru tau hidup tu bermakna ke tidak.


Selagi boleh berbakti ni, ambil lah peluang mencari pahala dari Allah.

Wednesday, August 8, 2012

Macam-macam la anak dara ai ni

Makin besar, makin banyak ragam. Kadang nak marah, kadang nak gelak.














Dengan buah tembikai pun boleh jadik mainan. Adohai!!!!


Wednesday, August 1, 2012

Menghupdate pasal hal ofis. Korang suka kan?? suka kan?

Hari ni first day aku kat ofis baru. Kerja baru setelah sekian lama duk rumah menternak badan dan menjaga anak2. Ada satu benda yang aku miss sesangat pada hari pertama kerja...


 I miss my bantal at home!!!


Rasa macam kenapa aku tak memanfaatkan masa yang terluang dengan menelek bantal dengan lebih dekat. Tetiba pukul 11 kat ofis dah rasa mengantuk tak boleh nak angkat mata dah. Dah la bilik CFO depan meja aku. Demmmm!!


Hari pertama kerja aku nerbes sampai tak sabar2 nak duk kat Jalan Kuching tu cepat2. Takut jem gila. Tetiba pagi ni.. nah!! Jem dari Selayang lagi. Nasib baik aku boleh lalu jalan lain. Sampai ofis pulak setengah jam lebih awal. Esok mintak maap la ye, 15 minit lebih awal dah cukup baik dah. Hari2 seterusnya 5 minit awal sudehhh....


Floor aku sekali ngan CFO, MD & FM. Pun tak paham nape la budak2 accounts ni yang kena duk kat floor tu. Yang buat accounts kena cool, kena santai sambil bukak2 lagu baru tak tensi buat accounts. Ni sangat la bersopan santun budak2 ni. Tengokla nanti, aku tak warming up lagi. Lepas raya aku bimbang suara aku yang kuat sekali.


Disebabkan floor aku floor orang2 penting, maka adalah drama pagi tadi. CFO bertekak ngan budak subsidiaries. Mak ai, suara dia mengingatkan aku pada ex staff kat ofis lama. Sikit punya kuat campur ngan hujah2 yang power. Siap tepuk2 meja bagai, hempas2 pintu. Dah la bilik meeting tu dkt ngan aku. Rasa cam nak kecikkan diri duk bawah meja.


Bila dia balik je, bos aku si FM datang bagitau supaya jgn takut sebab itu adalah situasi yang normal. Setiap hari bertukar orang dia marahkan. Dah ada hari masing2. Aku mungkin dapat hari Jumaat. Tapi mungkin Jumaat lepas raya. Takpe la, jgn bulan posa ni kena maki, kang aku baran g pantry sambil minum air. Tensi kena marah kan? Harusla minum air bagi sejuk. Bukan cam tu ke??


Esok nak check kat pantry tu ada air sirap tak.


Eh!