Thursday, August 9, 2012

Korang duduk dalam kategori apa???

Sorry for lack update. Kat ofis tak boleh bukak blog, FB apatah lagi. Bila balik umah berkisah ngan anak2, lebih2 lagi adik. Lepas dia tido, aku kemas2 dapur n terus masuk tido. Semalam dia sangat bagus. Belum sempat dia bukak mata aku dah hulur susu. Dapatla 2 kali malam tadi. Sampai ke waktu sahur dia tido. Lega sikit. Kalau tak, nak bangun pagi g kerja tu sikit punya hazab nak bukak mata.


Kebetulan last week mak admitted kat IJN lagi. Ada nanah sikit kat dada. Dah tak reti nak kata salah sapa kali ni. Salah makankah? Tak cukup jaga ke? Pulak tu masa first day aku kerja doktor kata ada kuman dalam darah. Dahla aku baru kerja, Idah kat Putrajaya. Memang betul2 harapkan As je jaga mak kat hospital. Sian pulak. Bapak pulak masa tu la first time kena gaut. Duk pulak kat rumah sorang2. Seboleh-boleh nak tido kat rumah sendiri jugak. Nasib baik Idah dapat mintak cuti hari Jumaat & mak boleh keluar dr hospital hari tu jugak. Alhamdulillah.


Masa2 mak bapak sakit ni la pentingnya ada anak lelaki di sisi. Bukan apa, kalau perlu g ke sana sini tak risau sangat sebab dia lelaki. Kalau anak perempuan ni, mak bapak risau sikit biar ke sana sini lebih2 lagi waktu malam. Kan ke tanggungjawab menjaga mak bapak tu pada anak lelaki. Dalam hati anak2 lelaki mesti ada rasa tanggungjawab nak jaga mak bapak. Bila tepuk dada, tanya diri sendiri. Ada tak terlintas nak buat macam tu. Kalau ada tapi hangat2 taik ayam, tak payah canang kat orang kata nak jaga tapi bagi seribu macam alasan.

Jangan dah susah baru nak carik mak bapak.

Jangan bila nak harta baru nak sibuk jaga mak bapak.

Itu namanya TALAM.


TALAM DUA MUKA!!!


Ada orang dia jaga jugak mak bapak dia tapi dalam hati menyampah. Kang kalau tak jaga kata apa pulak.


Yang ni namanya HIPOKRIT.
 


Korang tanya korang jatuh dalam kategori apa. Bila dah tau, tapi tak mo admit, lagi teruk.


Yang ni namanya EGO.


Dengan mak bapak pertahankan la ego yang macam tu. Tak sampai ke mana pun. Bila tertutup mata mak bapak, masa tu hilangnya doa seorang mak, baru tau hidup tu bermakna ke tidak.


Selagi boleh berbakti ni, ambil lah peluang mencari pahala dari Allah.

No comments:

Post a Comment