Wednesday, August 1, 2012

Menghupdate pasal hal ofis. Korang suka kan?? suka kan?

Hari ni first day aku kat ofis baru. Kerja baru setelah sekian lama duk rumah menternak badan dan menjaga anak2. Ada satu benda yang aku miss sesangat pada hari pertama kerja...


 I miss my bantal at home!!!


Rasa macam kenapa aku tak memanfaatkan masa yang terluang dengan menelek bantal dengan lebih dekat. Tetiba pukul 11 kat ofis dah rasa mengantuk tak boleh nak angkat mata dah. Dah la bilik CFO depan meja aku. Demmmm!!


Hari pertama kerja aku nerbes sampai tak sabar2 nak duk kat Jalan Kuching tu cepat2. Takut jem gila. Tetiba pagi ni.. nah!! Jem dari Selayang lagi. Nasib baik aku boleh lalu jalan lain. Sampai ofis pulak setengah jam lebih awal. Esok mintak maap la ye, 15 minit lebih awal dah cukup baik dah. Hari2 seterusnya 5 minit awal sudehhh....


Floor aku sekali ngan CFO, MD & FM. Pun tak paham nape la budak2 accounts ni yang kena duk kat floor tu. Yang buat accounts kena cool, kena santai sambil bukak2 lagu baru tak tensi buat accounts. Ni sangat la bersopan santun budak2 ni. Tengokla nanti, aku tak warming up lagi. Lepas raya aku bimbang suara aku yang kuat sekali.


Disebabkan floor aku floor orang2 penting, maka adalah drama pagi tadi. CFO bertekak ngan budak subsidiaries. Mak ai, suara dia mengingatkan aku pada ex staff kat ofis lama. Sikit punya kuat campur ngan hujah2 yang power. Siap tepuk2 meja bagai, hempas2 pintu. Dah la bilik meeting tu dkt ngan aku. Rasa cam nak kecikkan diri duk bawah meja.


Bila dia balik je, bos aku si FM datang bagitau supaya jgn takut sebab itu adalah situasi yang normal. Setiap hari bertukar orang dia marahkan. Dah ada hari masing2. Aku mungkin dapat hari Jumaat. Tapi mungkin Jumaat lepas raya. Takpe la, jgn bulan posa ni kena maki, kang aku baran g pantry sambil minum air. Tensi kena marah kan? Harusla minum air bagi sejuk. Bukan cam tu ke??


Esok nak check kat pantry tu ada air sirap tak.


Eh!



No comments:

Post a Comment