Tuesday, August 14, 2012

Wedges!!

Uik, tetiba boleh pulak masuk personal blog. Salah setting kat IT kot. Hohohoho.. syioknya. Alang2 dah boleh masuk ni, meh kita update kejap blog.


Persediaan raya kebanyakkannya dah ada. Yang takda tinggal kuih raya & kasut raya aku. Kasut aku sepanjang mengandung dah berubah colour. Asik kena hujan panas, mana taknya. Nasib baik sandal murah. Sandal leper pulak tu, tak semenggah nak bawak ke ofis. Ada high heel tapi sikit punya eksen nak pakai time beraya rumah sedara. Dengan nak membawak Safiyya lagi. Tidak leeeerrr....


Semalam ada meng-google ZALORA. Bosan takda kerja sangat nak buat semalam plus kawan sebelah pun yang memulakan google ZALORA nih. Bukak je website aku check wedges dulu.
Alololo comeinya siap ada bunga lagi.
First time tengok dah suka. Tapi payahla nak jaga. Akhirnya pakai few times aje.
Yang ni pun cantik. Tapi sampai 200 lebih harga. Apakah???
Simple n cute kan???
Nak pakai wedges kaki nak kena grooming dulu la. Ni kasut bukan main indah lagi, tapi kaki mak aiii, pemandangan tak cantik langsung.




Selamat bershopping!!!!


No comments:

Post a Comment