Friday, September 28, 2012

Kalau dah teringin sangat

Semalam aku telah mencotikan diri sendiri sebab tak larat dah nak drive g Senawang. Sampai bengkak la pergelangan kaki aku dek kerana jem giler hari Rabu dari Selayang heading to Sg Buloh. Yang aku ni pulak memang kena g Subang hari tu makan pusing bukan main jauh lagi nak menyampai ke ofis. Akhirnya kena lalu Duke terus ke tol Jalan Duta ambik NKVE nak masuk Subang. Pagi yang nyaman jadi hangat. Bengkak betul hati.


Konon nak rehat2 kan dirilah semalam, hampeh. Awal jugak bangunnya. Kemaskan rumah, buat nasi goreng pastu mandikan anak2. Tak duk diam pun kat rumah. adalah beberapa aktiviti lagi sampai ke petang sampai tak makan tengahari. Balik ambik anak terus g PIZZA HUT kat Wangsa Maju. Aku saje cakp kat En Hubby suh carik tempat yang besar2 sikit. Mana tau adik nak menetek, senang aku selak... Kang tengah2 orang nak menyusu camno??




Pizza baru yg baru keluar. Sedap tapi aku tak boleh nak makan banyak. Muak sikit part cheese kat tepi tu.





 Adik asalnya dah tido. Tiba2 bila pizza sampai dia bangun sambil sengih2. Macam tau2 je ko dik..




 Kakak dah pengsan dulu. Keluar dari rumah pengasuh dia, cakap2 sikit, pastu terus dia duk senyap kat belakang. Tup2 En Hubby kata tido dah. Kejutkan pun tak bangun. Pagi ni menggelupur sakit perut sebab dah masuk angin.




 Bagi la can mama nak posing. Ni baru la ada peluang amik gambar ngan anak dara. 
Banyak gambar tak pakai tudung, tak boleh la nak tayang kan. Dagu cam nak start berlapis balik. 
Bahaya nih, bahaya... Tapi moh kita sebat pizza dulu. Lepas makan baru berazam diet balik.


Adik cam tension je ambik gambar. Kan?? Kan??





Tuesday, September 25, 2012

Homestay kat Serendah

Hari ni nak promote homestay sendiri. Location kat Serendah berdekatan dengan kawasan orang asli. Ada air terjun sekali kat sini. Kitorang tak g dah templer park tu, main kat sini j.





 Yang ni hall dia. Actually masuk2 rumah je ada set sofa satu lagi kat depan tu tapi tak snap gambar pulak.
Hall ni ada aircond tau. Bapak siap letak ASTRO Beyond lagi kat sini.




Ni master bedroom. Katil king size and ada attached bathroom.




Ni dry kitchen. Wet kicthen ada kat sebelah tu. Dapur & gas dah siap. Cuma bawak sendiri la minyak segala. Pinggan mangkuk, cawan sudu, gelas & cawan semua dah ada. Biasanya kitorang sediakan air mineral satu bekas besar sebab kat sini kitorang tak letak penapis air. Mana tau ada budak kecik, semenggah la sikit kalau sediakan air mineral. Kettle n microwave pun ader.



Ni bilik no 2. Kat tepi tu ada ruang lagi nak bentang tilam single. Ada almari sekali. Katil pun king size.




And lastly bilik no 3. Katil queen size. Kat tengah2 antara 2 bilik ada bilik air siap ngan water heater.
Semua bilik ada aircond ye. Dapur takda aircond sebab dia bukan bilik. Ada dh orang tanya, camner nak jawab kalau dapur memasak pun letak aircond??



 Ni dari pandangan luar rumah. Coming soon kitorang nak tiles habis lantai kat luar tu. Rumah ni boleh masuk 4 buah kete untuk  parking. Dah rumah memanjang sampai ke belakang, banyak la kawasan kat tepi tu. Depan ni pulak ada padang bola. 



 Sapa2 yang nak g genting tapi malas nak tido kat sana pun boleh nak duk sini. Cuma jauh la sikit. Kalau jalan laju tak sampai setengah jam dah sampai.


Rate untuk 1 malam     - RM 200.00
Rate untuk malam ke 2 - RM 180.00
Rate untuk malam ke 3 - RM 150.00


New rate untuk tak kira berapa malam pun ialah RM250.00 untuk satu malam ok.


Kalau nak booked boleh call aku @ 0123320725 atau Idah @ 0122850346 kay!!




Monday, September 24, 2012

1001 alasan bila tak boleh bayar

Dah 10 tahun kerja ni, macam2 alasan aku bagi kalau company tak mampu nak bayar supplier.
Standard la kan, bukan setiap masa company ada duit. Kadang2 sesak jugak. Lagi2 hujung bulan. Ingat pekerja aje ke sesak hujung bulan. 


Antara favourite alasan yang aku selalu bagi:

a. Bos takda


 Kadang2 betul bos takda, kadang2 bos ada depan mata aku. Aku bantai je cakap takda. Tetiba bos pun angguk sama. Maknanya setuju la kan??


b. Bos outstation


Bila jawapan bos takda dah jadi terlalu sinonim, aku tukar bos outstation. Kalau agak2 fund clear minggu ni, kata la dia balik minggu depan. Padahal nah!!! dia duk dalam bilik dgn asap berkepul2 mikir mana nak carik duit.

Gasak kan...

c. Cheque dah ready tapi tunggu fund masuk.
Yang ni setelah jawapan kat atas tak boleh pakai lagi. Buat aje cek tu dulu. Sain je siap2 pastu kalau supplier tanya, kata la dah siap. Nak tunggu duit masuk je. Kalau dia tak caya boleh faks kan dulu cek tu.

Senang kan???


d. Cheque kat HQ


Hanya boleh buat alasan macam ni kalau ko adalah anak syarikat. Kalau ko duk kat HQ tetiba ko jawab macam ni, memang saje kena maki ngan supplier. Nak hantar ke mana lagi??


e. Nak bayar pakai facilities


Boleh je kalau company tu ada facilities ngan bank. Tapi oleh sebab nak drag lama punya pasal, mula2 kata la nak bayar pakai cek. Dah sebulan supplier chase, ko kata la apa kata pakai facilities, lagi secure. Tapi sementara nak buat preparation & bank nak proses dah seminggu lebih. Padahal bank tak salah pun, kita yang duk proses lama. Tapi last2 kena bayar jugakla, cuma lambat sikit.


f. Bos ada emergency.


Yang ni memang pernah terjadi. Tengah2 orang busy carik duit tiba2 bos dapat idea suh cakap ada emergency urusan keluarga. Bila orang tanya bila balik, cakap tak tau lagi. Tapi memang  supplier follow up tiap2 hari. Pengsan menjawab tepon.


Last one, tak payah angkat kol.


Kalau dah tau nak cakap apa campur ngan sakit kepala bergaduh dgn supplier, tak payah angkat tepon. Nak pass ke bos pun, bos tak reti nak jawab apa dah. Tapi lepas tu supplier datang dgn bodyguard. Nasib baik dia tak kenal. Senyap2 keluar dari opis n LARI.....






Friday, September 21, 2012

Intan payung gunung meletop

Dulu masa Alya kecik, selalu cakap kat dia 'cepat2la besar nak'. Bila dah besar rasa cam eh tetiba dah besar panjang anak dara aku. 

















p/s : entri yg tiada motip, cuma rindu masa kecik2 dia. sejak jadi kakak ni rasa dh besar sgt Alya ni.


Thursday, September 13, 2012

Pls la, professional la sikit.

Penat melayan karenah bos-bos semalam rasa tak habis lagi, hari ni sambung pulak dgn supplier. Kalau supplier local senang aku nak cakap, ni oversea. Main email aje.


 Mintak maapla. Most of the time aku tak rasa omputih tu sangat bijak pandai. ada jugak bahagian bodoh sombong tak boleh di ajar. Walaupun dah gunakan bahasa yang baik2, masih eksen. Gaduh2 ikut email dari bulan 4, sampai sekarang bulan 9 dah tak habis2 lagi. Aduhai.... Tak well educate ke atau bangang, tak tau nak categorikan kat mana.


Actually sama je cam orang kita kat sini, bukan tak ada. Macam ada sorang makhluk ni. Dia CPA  (Certifite Public Accountant) from oversea. Dah berumur ok. Lelaki pulak tu. Tapi sikap tak menggambarkan professional langsung. Asalnya sebab aku tak inform kat dia apa yang aku buat, terus cakap kat COO. Tapi action yang aku buat tu betul, cuma bypass dia je. But still salah tetap salah la kan. Kena admit la. Tapi dia pulak yang sentap tak hengat. Sorry la aku nak layan sentapan2 time kerja ni. Lagipun yang salah aku, ko sentap apahal.


Bila dia refuse untuk layan phone call aku dan akhirnya terpaksa jugak cakap ngan aku sebab aku person incharge aku cakap terus ' kalau nak marah2 macam mana nak buat kerja'  Lepas tu baru elok. Subordinates aku pun perasan. Tak malu ke??


Aku jenis straight to the point. aku salah, cakap. Kalau betul aku salah, aku admit n apologise.



Tapi bila ko yang sentap, memang kena sound la. Tak kira la ko sapa. Kalau dah sampai aku tension susah nak buat kerja, baik aku hantar surat.


Morale of the story, be professional guys. Work is work. No heart feelings.


Kalau suka nau merajuk, duk rumah diam2 sudah.





Wednesday, September 12, 2012

Resipi puding pulak

Rasanya dari bulan puasa hari tu dah janji nak bagi resipi puding santan ni. Dah sampai nak habis syawal tak letak2 jugak. Hari ni aku paksakan diri untuk kongsi resipi yang gila senang kat korang. Resipi ni semua keluarga Hajah Esah Chabang Tiga tau.




Bahan2:

Agar2 satu paket
2 bungkus  santan kotak
2 tin susu cair
2 tin susu pekat
500 g gula (separuh gula kastor 1 kg)
Air - 16 gelas


Masak agar2 ngan air, pastu masukkan gula. Biar sampai settle gula tu mencair. Pastu baru masuk susu & santan tu. Kacau2 pastu tutup. Sejukkan & masukkan dalam bekas. Bila dah sejuk, potong dulu lepas tu letak laici dalam tin tu kat atas dia. Best woooo


* Agar 2 can be 20 g or 25 g. Yg mana2 pun boleh
* Kalau aku yang buat, aku ejas susu tu. boleh letak susu cair saje atau susu pekat aje. Lepas tu ejas gula dia sekali. Kemanisan ikut manis muka korang la ye. Kalau korang dah manis, kurangkan manis dalam makanan.
* Kenapa air 16 gelas? ntah, aku pun tak tau. Ikut gelas korang la, kalau gelas tu besar, kurangkan sikit.. Kang terlalu cair, tak jadik pulak.
* Puding ni memang lembut ye, so kena makan guna sudu. Biarpun korang sangat kekampungan tapi tolong jgn buat drama sedih makan ngan tangan. Sila guna sudu.
* Jgn baik hati nak buat puding ni n bawak balik kg ie:buat kat KL nak bawak balik PD, memang konpom pusing ni akan berkecai dalam perjalanan. Sangat fragile ok..






Monday, September 10, 2012

Aktiviti hujung minggu


Sekarang takda masa sangat nak bukak blog. Nak baca blog orang lain lagi la. Dah 3 minggu duk berulang KL-Senawang. Ni masuk minggu ke 4. Penat seii hari2 berulang. Lat week Friday dapat jugak MC akhirnya. Boleh gak rehat. Sempat la aku g interview pagi & petang. Yang penting sempat g MATTA fair lagi. Sikit punya ramai manusia datang walaupun hari Jumaat. Aku tak dapat la nak bayangkan kalau hari minggu.



Aku jumpa maskot ni jalan depan aku, cepat2 aku snap. Apa hal la ko berpakaian dengan tak cukup kain di hari Jumaat. Nasib baik aku tak dapat snap dari pandangan hadapan...Kalau tak saje korang mencoci mata..


Adakah ini maskot untuk melawat Sabah Sarawak?


Kalau nak letak maskot pun tolongla tengok hari sikit. Buat hujung minggu sudah. Ni hari Jumaat time orang nak solat Jumaat kat PWTC. Sungguh tak sensitip la...


Next week Safiyya akan masuk 3 bulan. Makin tembam budak tu. Bila nak mandikan habis semua pelipat aku gonyoh. Dahla badan berketak2. Aku gonyoh lebih sikit start la dia nangis.





 Dah pandai semyum bila kita agah2 dia. Pipi bukan main bam-bam lagi..Masa ni kitorang g playground kat KLCC. Bawak Alya main. En Hubby suka nak bawak anak dara dia berlari2 anak.





 Serupa betul macam Alya masa kecik. Cuma Alya ada lesung pipit yang tak tau dr mana datangnya..





 Seronok betul dia lari. Siap bukak kasut lagi. Lepas lari datang makan nasi lemak. Sempat la aku buat pagi2 Sabtu tu. Tau pulak dia kelaparan.




 Gambar ni aku dapat dr phone Idah. Masa ni kat hospital bersalin. Sayang betul kat adik. Tapi pukul adik tetap pukul. Jgn gaduh2 sampai besar sudah.