Monday, September 24, 2012

1001 alasan bila tak boleh bayar

Dah 10 tahun kerja ni, macam2 alasan aku bagi kalau company tak mampu nak bayar supplier.
Standard la kan, bukan setiap masa company ada duit. Kadang2 sesak jugak. Lagi2 hujung bulan. Ingat pekerja aje ke sesak hujung bulan. 


Antara favourite alasan yang aku selalu bagi:

a. Bos takda


 Kadang2 betul bos takda, kadang2 bos ada depan mata aku. Aku bantai je cakap takda. Tetiba bos pun angguk sama. Maknanya setuju la kan??


b. Bos outstation


Bila jawapan bos takda dah jadi terlalu sinonim, aku tukar bos outstation. Kalau agak2 fund clear minggu ni, kata la dia balik minggu depan. Padahal nah!!! dia duk dalam bilik dgn asap berkepul2 mikir mana nak carik duit.

Gasak kan...

c. Cheque dah ready tapi tunggu fund masuk.
Yang ni setelah jawapan kat atas tak boleh pakai lagi. Buat aje cek tu dulu. Sain je siap2 pastu kalau supplier tanya, kata la dah siap. Nak tunggu duit masuk je. Kalau dia tak caya boleh faks kan dulu cek tu.

Senang kan???


d. Cheque kat HQ


Hanya boleh buat alasan macam ni kalau ko adalah anak syarikat. Kalau ko duk kat HQ tetiba ko jawab macam ni, memang saje kena maki ngan supplier. Nak hantar ke mana lagi??


e. Nak bayar pakai facilities


Boleh je kalau company tu ada facilities ngan bank. Tapi oleh sebab nak drag lama punya pasal, mula2 kata la nak bayar pakai cek. Dah sebulan supplier chase, ko kata la apa kata pakai facilities, lagi secure. Tapi sementara nak buat preparation & bank nak proses dah seminggu lebih. Padahal bank tak salah pun, kita yang duk proses lama. Tapi last2 kena bayar jugakla, cuma lambat sikit.


f. Bos ada emergency.


Yang ni memang pernah terjadi. Tengah2 orang busy carik duit tiba2 bos dapat idea suh cakap ada emergency urusan keluarga. Bila orang tanya bila balik, cakap tak tau lagi. Tapi memang  supplier follow up tiap2 hari. Pengsan menjawab tepon.


Last one, tak payah angkat kol.


Kalau dah tau nak cakap apa campur ngan sakit kepala bergaduh dgn supplier, tak payah angkat tepon. Nak pass ke bos pun, bos tak reti nak jawab apa dah. Tapi lepas tu supplier datang dgn bodyguard. Nasib baik dia tak kenal. Senyap2 keluar dari opis n LARI.....






No comments:

Post a Comment