Friday, September 28, 2012

Kalau dah teringin sangat

Semalam aku telah mencotikan diri sendiri sebab tak larat dah nak drive g Senawang. Sampai bengkak la pergelangan kaki aku dek kerana jem giler hari Rabu dari Selayang heading to Sg Buloh. Yang aku ni pulak memang kena g Subang hari tu makan pusing bukan main jauh lagi nak menyampai ke ofis. Akhirnya kena lalu Duke terus ke tol Jalan Duta ambik NKVE nak masuk Subang. Pagi yang nyaman jadi hangat. Bengkak betul hati.


Konon nak rehat2 kan dirilah semalam, hampeh. Awal jugak bangunnya. Kemaskan rumah, buat nasi goreng pastu mandikan anak2. Tak duk diam pun kat rumah. adalah beberapa aktiviti lagi sampai ke petang sampai tak makan tengahari. Balik ambik anak terus g PIZZA HUT kat Wangsa Maju. Aku saje cakp kat En Hubby suh carik tempat yang besar2 sikit. Mana tau adik nak menetek, senang aku selak... Kang tengah2 orang nak menyusu camno??




Pizza baru yg baru keluar. Sedap tapi aku tak boleh nak makan banyak. Muak sikit part cheese kat tepi tu.





 Adik asalnya dah tido. Tiba2 bila pizza sampai dia bangun sambil sengih2. Macam tau2 je ko dik..




 Kakak dah pengsan dulu. Keluar dari rumah pengasuh dia, cakap2 sikit, pastu terus dia duk senyap kat belakang. Tup2 En Hubby kata tido dah. Kejutkan pun tak bangun. Pagi ni menggelupur sakit perut sebab dah masuk angin.




 Bagi la can mama nak posing. Ni baru la ada peluang amik gambar ngan anak dara. 
Banyak gambar tak pakai tudung, tak boleh la nak tayang kan. Dagu cam nak start berlapis balik. 
Bahaya nih, bahaya... Tapi moh kita sebat pizza dulu. Lepas makan baru berazam diet balik.


Adik cam tension je ambik gambar. Kan?? Kan??





No comments:

Post a Comment