Wednesday, September 12, 2012

Resipi puding pulak

Rasanya dari bulan puasa hari tu dah janji nak bagi resipi puding santan ni. Dah sampai nak habis syawal tak letak2 jugak. Hari ni aku paksakan diri untuk kongsi resipi yang gila senang kat korang. Resipi ni semua keluarga Hajah Esah Chabang Tiga tau.




Bahan2:

Agar2 satu paket
2 bungkus  santan kotak
2 tin susu cair
2 tin susu pekat
500 g gula (separuh gula kastor 1 kg)
Air - 16 gelas


Masak agar2 ngan air, pastu masukkan gula. Biar sampai settle gula tu mencair. Pastu baru masuk susu & santan tu. Kacau2 pastu tutup. Sejukkan & masukkan dalam bekas. Bila dah sejuk, potong dulu lepas tu letak laici dalam tin tu kat atas dia. Best woooo


* Agar 2 can be 20 g or 25 g. Yg mana2 pun boleh
* Kalau aku yang buat, aku ejas susu tu. boleh letak susu cair saje atau susu pekat aje. Lepas tu ejas gula dia sekali. Kemanisan ikut manis muka korang la ye. Kalau korang dah manis, kurangkan manis dalam makanan.
* Kenapa air 16 gelas? ntah, aku pun tak tau. Ikut gelas korang la, kalau gelas tu besar, kurangkan sikit.. Kang terlalu cair, tak jadik pulak.
* Puding ni memang lembut ye, so kena makan guna sudu. Biarpun korang sangat kekampungan tapi tolong jgn buat drama sedih makan ngan tangan. Sila guna sudu.
* Jgn baik hati nak buat puding ni n bawak balik kg ie:buat kat KL nak bawak balik PD, memang konpom pusing ni akan berkecai dalam perjalanan. Sangat fragile ok..






No comments:

Post a Comment