Monday, October 29, 2012

Selamat

Aku selamat sampai rumah pukul 2 pagi tadi. Macam semut kete beratur kat LPT. Berbakul la LPT kena maki semalam. Dah tau semalam mesti jem gila, knp la tak bukak laluan kontra dr awal. Aku yang nak balik dr lepas Zohor bertangguh sampai lepas Asar. Lepas tengok twitter, tangguh lagi sampai lepas Maghrib.


Pukul 8 gerak, pukul 2 pagi sampai... Great!!!!


Nasib baik anak2 tak buat hal mana. Alya je taknak pakai baju. Penyudahnya sampai ke rumah dia tido berbalutkan selimut. Aku pulak dah jem2 tu camner nak tido. Sama sibuk tengok traffic. Bangun pagi ni rasa cam nak ambik MC je, tapi tahankan hati g gak kerja. Sekali semua bos takda. Rasa cam nak declare cuti sendiri ni..


Nak tunggu sikit lagi. Kalau ada big boss masuk baru stay. Kalau tak nak balik la. Tak ke membazir elektrik kalau 4, 5 orang aje kerja kan??


Sekian, terima kasih.




Wednesday, October 17, 2012

Cik anon, ini jawapan saya

Pada pendapat saya, itu hak dia nak tunjuk apa yang dia ada. Itu kemampuan dia. Kalau rasa meluat dan meyampah, lebih baik tak payah tengok blog n fb. Senangkan??



Ok, aku terima komen ni rasanya last 2 weeks. Aku agak anon ni terasa ngan entry aku tu. Tapi sebab aku takda masa nak attend kat komen anon ni sebab dah penat sangat travelling, so aku ignorekan dulu.  Hari ni sebab ada masa so meh aku komen sikit.



Very true itu hak dia untuk menunjuk2 dalam FB or blog. Tapi sangatla manusia2 ini tak sensitif terhadap persekitaran & readers2 yang membaca FB or blog dia ni. Honestly, mula2 aku pun rasa impress tapi bila dah jadi makanan dia menunjuk2 ni kita rasa muak.



Memang betul pun kalau manyampah tak payah tengok, sebab tu aku tak tengok dah. Lantak korang la nak menunjuk2. Aku senang je, kalau esok lusa Allah tarik balik kesenangan korang hari ni, korang sure tak tulis dalam blog punya kan??? Time tu takkan nak privatekan blog pulak, tak pun privatekan entry. Tak menang tangan korang nnt.



Bagi aku senang, korang nak tunjuk, tunjukla.. Tapi berpada2. Simple kan?? Apa daaaa............





Friday, October 5, 2012

Zombie

Salam Jumaat u ollss..


 Alhamdulillah, hari ni dapat berita baik. Syukur, semuanya rezeki anak-anak.


 Oleh sebab dapat berita baik, kenala wat kerja betul2 kan? Nak habiskan apa yang ada ni cepat2. Bila tinggalkan nanti takla banyak sangat benda pending. Semalam masa sampai kat rumah ada rasa nak main game. Tetiba teringat game ni

 




 Ni adik aku si As ngan Idah la punya kerja. Dorang boleh layan benda ni sampai sejam. Boleh tak tido petang la, walhal tido petang adalah agenda kitorang masa single. Kalau aku lagi teruk, asal bunyik guruh je g britau adik2 jom tido. Sekarang nak buat macam tu? Jangan harap. Tu pasal aku britau yang single2 kalau nak tido puas2, tido sekarang. Dah ada anak kang jgn berangan la nak tido cam masa anak dara.


Oooo.. pasal game ni. Lepas dorang main, aku ambik turn. Konon nak feel apa yang best sangat.


Nak feel sangatkan?? Nah, sejam lebih jugak aku main. Siap tutup pintu lagi taknak bagi Alya kacau aku. Siap bersila atas kerusi. Punya la kusyuk siap ada macam2 sound effect.




Kalau Alya ada sekali, dia siap bagi support baikkkk punya kat aku. Siap cakap 'go mama, go', 'mama boleh' . Sekali sekala dah macam aku main sukan pulak. Bukan bertambah semangat nak main, bertambah tension. Kalau dia tak cakap apa2 lagi baik... Lagi menyampah kalau orang suh cepat2 ambik matahari tu. Pulak tu keluar signal kata 'huge wave of zombie' , rasa cam ngan kaki-kaki sekali nak naik atas meja.


Memang over kan?


Zombie ni lagi over, dari laman rumah ke kolam orang dia serang. aku ingat sampai situ je. Rupanya atas bumbung rumah pun dia main.


Kurang ajeeerrr punya zombie!!






Tuesday, October 2, 2012

Our weekend

Weekend baru ni aku balik rumah mak. Kebetulan adik aku dr Segamat pun balik jugak. Jadi berkampung jap ramai2. Bolehla budak2 ni jumpa ngan cousin diorang. Tapi masa tu Alya tak sedap perut. Makan dah la sikit, minum air banyak pun pastu muntah balik. Naik kesian pulak aku tengok. Stress pun ada.


 Malam tu adik aku belanja makan kat luar. So kitorang keluar g TESCO kat Rawang. Bapak suka benar satu restoran kat situ.






 Ni la anak buah aku, Rayyan. Baru sorang. Kulit halus mulus tapi suara mak aiiiii..... 
Lontaran sangat jelas, nyaring betul...





 Ntah kenapa la anak aku kalau bab ambik gambar suka nau buat muka cam tu. Tak pun muka ala2 tak pandang camera. 

*sila abaikan makcik dia yang sama hover




Nenek & atok




Tolong abaikan muka yang selebet. Yang tak lalu makan anak, tapi merebak ke aku. 
Punya semangat order mee goreng mamak & ABC, tak habis makan pun. Alya first time dia reject mee goreng padahal makanan favourite dia tu.




Kan aku dah kata. Dia buat2 pandang tempat lain. Tak ke rasa nak gigit...


Nasib baik la adik sangat well behave malam tu. Habis makan je bagi adik 'upah'.
Kakaknya sampai sudah taknak makan. 


Kulit Alya ni sangat sensitif. Nyamuk gigit seikit je tapi berbekas bukan main lagi. aku duk sapu Bio-Oil dah nak masuk botol ke 3 dah. Kalu ada sesapa yang tau ubat apa yang mujarab nak hilangkan parut untuk budak2 tolong email aku ek...