Monday, October 29, 2012

Selamat

Aku selamat sampai rumah pukul 2 pagi tadi. Macam semut kete beratur kat LPT. Berbakul la LPT kena maki semalam. Dah tau semalam mesti jem gila, knp la tak bukak laluan kontra dr awal. Aku yang nak balik dr lepas Zohor bertangguh sampai lepas Asar. Lepas tengok twitter, tangguh lagi sampai lepas Maghrib.


Pukul 8 gerak, pukul 2 pagi sampai... Great!!!!


Nasib baik anak2 tak buat hal mana. Alya je taknak pakai baju. Penyudahnya sampai ke rumah dia tido berbalutkan selimut. Aku pulak dah jem2 tu camner nak tido. Sama sibuk tengok traffic. Bangun pagi ni rasa cam nak ambik MC je, tapi tahankan hati g gak kerja. Sekali semua bos takda. Rasa cam nak declare cuti sendiri ni..


Nak tunggu sikit lagi. Kalau ada big boss masuk baru stay. Kalau tak nak balik la. Tak ke membazir elektrik kalau 4, 5 orang aje kerja kan??


Sekian, terima kasih.




No comments:

Post a Comment