Friday, October 5, 2012

Zombie

Salam Jumaat u ollss..


 Alhamdulillah, hari ni dapat berita baik. Syukur, semuanya rezeki anak-anak.


 Oleh sebab dapat berita baik, kenala wat kerja betul2 kan? Nak habiskan apa yang ada ni cepat2. Bila tinggalkan nanti takla banyak sangat benda pending. Semalam masa sampai kat rumah ada rasa nak main game. Tetiba teringat game ni

 




 Ni adik aku si As ngan Idah la punya kerja. Dorang boleh layan benda ni sampai sejam. Boleh tak tido petang la, walhal tido petang adalah agenda kitorang masa single. Kalau aku lagi teruk, asal bunyik guruh je g britau adik2 jom tido. Sekarang nak buat macam tu? Jangan harap. Tu pasal aku britau yang single2 kalau nak tido puas2, tido sekarang. Dah ada anak kang jgn berangan la nak tido cam masa anak dara.


Oooo.. pasal game ni. Lepas dorang main, aku ambik turn. Konon nak feel apa yang best sangat.


Nak feel sangatkan?? Nah, sejam lebih jugak aku main. Siap tutup pintu lagi taknak bagi Alya kacau aku. Siap bersila atas kerusi. Punya la kusyuk siap ada macam2 sound effect.




Kalau Alya ada sekali, dia siap bagi support baikkkk punya kat aku. Siap cakap 'go mama, go', 'mama boleh' . Sekali sekala dah macam aku main sukan pulak. Bukan bertambah semangat nak main, bertambah tension. Kalau dia tak cakap apa2 lagi baik... Lagi menyampah kalau orang suh cepat2 ambik matahari tu. Pulak tu keluar signal kata 'huge wave of zombie' , rasa cam ngan kaki-kaki sekali nak naik atas meja.


Memang over kan?


Zombie ni lagi over, dari laman rumah ke kolam orang dia serang. aku ingat sampai situ je. Rupanya atas bumbung rumah pun dia main.


Kurang ajeeerrr punya zombie!!






No comments:

Post a Comment