Thursday, November 29, 2012

Cerita 1 & 2

Cerita 1

Sibuk sangat lately kat ofis sampai tak sempat2 nak buat entry kat blog. For the last 2 weeks aku menahan rasa ngan mamat sorang kat ofis ni.


Basically dia ni accountant kat sini jugak, cuma dia jaga operation and aku jaga reporting. Tapi kerja kita masih berkait sebab budak2 dia buat entry, budak aku buat report. Kalau huru hara entry dia, huru hara jugakla report aku. Kalau orang tanya aku how huru hara dia punya entry, aku akan kata sangat huru hara.


Sangat huru hara and yet aku wondering macam mana dia boleh jadi accountant.


Baru jumaat lepas aku dapat jawapan. Rupa2nya dia 'dibeli' oleh company sekarang sebab terdesak nak pakai accountant. Dan dia jual mahal maka gaji dia pun kurang RM500 drpd FC. Boleh???


Bila aku view balik accounts, masya allah.. Macam2 mak nenek berlonggok dalam accounts ni. Semuanya tak terurus & auditor pun duabelas kali sama ngan dia. Korek punya korek, rupa2nya auditor pun kawan dia..


Masa tu aku dah letak segala kertas balik atas meja.. Letih la macam ni weiiii...


Cerita 2

Lepas aku tengok MAS lwn LAOS semalam, aku sesaja nak tengok respon kat twitter. Ada orang nak potong anu dia kalau Malaysia menang. Sorang lagi nak lari bogel kat Pavi. Apahal la budak2 ni. Kot kalau ko tak caya Malaysia boleh menang pun agak2 la sikit. Tak pasal2 bila Malaysia, ramai pulak nak ambik cuti nak tengok orang lari bogel kat Pavi.


Kot kalau nak bernazar pun ambik la yang berfaedah sikit...


Tak cukup tanah korang nak lari sekarang. Padan ngan muka.






Tuesday, November 20, 2012

Tak tertelan daku ngan ESP ni

Rasanya ramai yang dah tau produk ni. ESP ni produk Shaklee untuk tambahkan susu badan. Actually banyak la dia punya khasiat lain cuma aku nak highlight tang menambahkan susu tu. Pun main reason aku beli benda ni pasal nak tambahkan susu.





Adik memang aktif minum susu. Tak kira susu badan ke susu formula ke. Sampai at one time masa dalam pantang aku and En Hubby takut tengok dia minum susu. So kitorang decide sumbatkan puting kat dia. Habis cerita. Ada orang tanya sian kat dia sebab kecik2 lagi dah sumbatkan puting. Aku lagi takut tengok perut dia yang membuncit. Lepas susu, nak susu lagi. Susu badan sampai tak sempat nak pam.


Bila aku dah start kerja aku minum bergelen2 air masak. Nak produce susu badan banyak2 punya pasal. Asal sampai rumah je bagi dia minum. Ada masa cukup, ada masa tak. That's why aku ambik ESP ni. Sebab selain daripada menambahkan susu, boleh memekatkan susu jugak. So budak cepat kenyang.


Yang jadi masalahnya ialah, aku yang payah nak minum. Dah la memang jenis tak minum susu. Alih2 aku minum susu soya tepung ni. Konon bancuh ngan Milo tak rasa. Bukan tak rasa lagi, men'spoil'kan rasa Milo tu adalah. Sudahnya aku bancuh kosong minum sambil tutup hidung.


Selamat....


Motif aku ambik benda ni pun sebab nak bagi adik minum susu badan lama sikit. Biarlah dia bergayut kat aku sampai dia besar sikit lagi. Tapi aku bagi limit sampai dia nak tumbuh gigi je. Sebab sekarang pun gusi dia dah gatal and sometimes dia geram, aku yang jadi mangsa. Tu tak campur masa menyusu dia bercakap tapi mata pejam.


Takkan baru 5 bulan dah mengigau kan?? Kan??


Ke ado??



Monday, November 19, 2012

Lagi kisah anak-anak

Honestly pagi ni memang takda hati nak gi kerja. Cuti lama sangat macam tu la.

Semalam bila duk bergolek dgn anak2 rasa macam sungguh syiok kalau dapat duk rumah jaga anak2 j. Alya pun mulut dah bertetes. Tak renti2 bercakap kecuali kalau dia sakit & tido. Adik pun dah start 'membebel' sambil tangan duk dalam mulut.





Adik dah start meniarap. Baru dalam 4, 5 kali percubaan. Bila kita nak snap gambar adik, kakak dia pulak sibuk nak jugak... 




Ok, adik berjaya balance kan badan dia.




Steady la adik...



Adik dah letih, kakak still nak posing




Ok, angle lain pulak.












Lama2 kakak yang penat.


Apa2 pun ini la dia 2 orang buah hati mama..


Tuesday, November 6, 2012

Oven bukan Owen tau

Gila sejuk ofis baru aku ni. Aircond centralized macam ni la. Everytime aku letak tangan kat muka tak pernahnya yang tak beku. Sampai ngilu2 la gigi. Sejuk komplen, panas pun komplen. Banyak hal betul kan?


OO.. sebenarnya aku bukanlah nak citer pasal ofis yang sejuk ni.Tetiba ternampak resipi buat brownies cheese. Cam sedap. Cam nak buat tapi tiap kata nak buat aku batalkan niat. Sebabnya??


Sebab oven yang aku ada cam harus dibaling balik bukit.


Oven ni aku try pakai masa Alya kecik lagi. Rasa2 dia dah berjalan tapi takda la tahap berlari cam sekarang. Oven tu orang bagi masa hadiah kawen so aku excited la nak buat kuih2 ni bagai. dah pernah try oven tu untuk buat macaroni bakar n puff. Semangat la jugak pasal menjadik. Sekalik, masa buat muffin ala2 Kenny Rogers, dia tak naik2. Aku tengok api dah ok. Tapi oven tak panas mana. Dia macam hangat2 taik ayam je panasnya.


Dah lepas 2 jam aku tak puas hati. Tengok lagi. Kali ni tak kelip2 tengok tempat lain dah. Memang concentrate kat oven tu je. Rupa2nya, dia kejap panas, kejap tidak. Aku check balik semua ok. Takda la pulak kejap blackout, kejap tidak. So korang boleh imagine la kan muffin tu kejap naik, sat lagai slow2 adunan tu turun.


Sah, memang oven ni bingung. Last2 aku bia rkan muffin tu dalam oven tu sampai panas tu habis n keluarkan. Seriesly mmg best adunan tu tapi sebab tak naik, jadi dia macam bantat tak bersebab. Dengan resipi2 tu sekali aku baling ke tong sampah.


Masa raya posa tahun aku macam meroyan buat kek. 3 resipi kek sekaligus. 2 kek coklat, 1 kek serbabagai colour. Siap cakap kat mak 'Along nak buat kek ni. Jangan ditahan2'.


Memang tak ada orang tahan pun.


Sudahnya, 1 kek coklat ke tong sampah. Yang lagi 2 tu aje yang menjadik.



Oven tu??

Aku letak kat bawan sinki. Segala mak nenek untuk buat kuih duk diam2 dalam tu. Jangan disebut2 nak buat kek bagai dalam rumah aku. Mak sentap tau...




Monday, November 5, 2012

Bam bam sungguh budak ni

Ni gambar malam semalam. Di saat En Hubby n Alya dah tido, tinggal la kami 2 orang tengok TV. Adik ni tak tengok TV. Dia perati Mama dia bila agaknya nak bagi susu.




Kita sungguh2 la panggil dia.. Buat derrkkkkk j...




OK, ada respon tapi ketat aje muka.. Bosan la mama ni, asik tangkap gambar j...




Hohoho.. Perut kamu dikkkkk.. Masya Allah...

Ok, masa untuk mengombeng (menetek).... Bye!!!


Thursday, November 1, 2012

Adam & Hawa

Kan sekarang tengah demam Adam & Hawa. Aku pun taknak ketinggalan walaupun tak subcribe Astro Mustika. Tak koserla aku. Kang bayar je lebih, tengok nya setengah jam. Kalau setengah jam tu takda iklan takpe jugak. Tolak iklan kang tinggal 20 minit.


Mumazzirunminashsyaiton!!! (ikut dan je aku eja, adik2 aku tentu boleh agak)


Punyala hebat demam drama ni sampai ramai la yang temimpi2 si Aaron Aziz. Dan dan nak suami yang macam tu. Dan dan jugak buku cerita Aisya Sofea tu laris. Padahal dah lama dah novel tu keluar. Aku siap hafal dah citer tu. Dah tau dah lepas scene ni scene apa. Kemaruk ke cerita punya pasal.




Tetiba pulak ramaila yang nak suami mithali cam ni. Boleh lepaskan geram kat Ain Hawani pulak pasal degil sangat taknak husband hansome macam ni. Ramai pulak yang offer diri suh pass kat dorang je Adam ni. Apa daaaaa......


Yang paling best, ramai pulak yang g usha pilot. Mana tau dapat yang macam Adam ni.


Kamon la, kamon la.....