Thursday, November 29, 2012

Cerita 1 & 2

Cerita 1

Sibuk sangat lately kat ofis sampai tak sempat2 nak buat entry kat blog. For the last 2 weeks aku menahan rasa ngan mamat sorang kat ofis ni.


Basically dia ni accountant kat sini jugak, cuma dia jaga operation and aku jaga reporting. Tapi kerja kita masih berkait sebab budak2 dia buat entry, budak aku buat report. Kalau huru hara entry dia, huru hara jugakla report aku. Kalau orang tanya aku how huru hara dia punya entry, aku akan kata sangat huru hara.


Sangat huru hara and yet aku wondering macam mana dia boleh jadi accountant.


Baru jumaat lepas aku dapat jawapan. Rupa2nya dia 'dibeli' oleh company sekarang sebab terdesak nak pakai accountant. Dan dia jual mahal maka gaji dia pun kurang RM500 drpd FC. Boleh???


Bila aku view balik accounts, masya allah.. Macam2 mak nenek berlonggok dalam accounts ni. Semuanya tak terurus & auditor pun duabelas kali sama ngan dia. Korek punya korek, rupa2nya auditor pun kawan dia..


Masa tu aku dah letak segala kertas balik atas meja.. Letih la macam ni weiiii...


Cerita 2

Lepas aku tengok MAS lwn LAOS semalam, aku sesaja nak tengok respon kat twitter. Ada orang nak potong anu dia kalau Malaysia menang. Sorang lagi nak lari bogel kat Pavi. Apahal la budak2 ni. Kot kalau ko tak caya Malaysia boleh menang pun agak2 la sikit. Tak pasal2 bila Malaysia, ramai pulak nak ambik cuti nak tengok orang lari bogel kat Pavi.


Kot kalau nak bernazar pun ambik la yang berfaedah sikit...


Tak cukup tanah korang nak lari sekarang. Padan ngan muka.






No comments:

Post a Comment