Tuesday, November 6, 2012

Oven bukan Owen tau

Gila sejuk ofis baru aku ni. Aircond centralized macam ni la. Everytime aku letak tangan kat muka tak pernahnya yang tak beku. Sampai ngilu2 la gigi. Sejuk komplen, panas pun komplen. Banyak hal betul kan?


OO.. sebenarnya aku bukanlah nak citer pasal ofis yang sejuk ni.Tetiba ternampak resipi buat brownies cheese. Cam sedap. Cam nak buat tapi tiap kata nak buat aku batalkan niat. Sebabnya??


Sebab oven yang aku ada cam harus dibaling balik bukit.


Oven ni aku try pakai masa Alya kecik lagi. Rasa2 dia dah berjalan tapi takda la tahap berlari cam sekarang. Oven tu orang bagi masa hadiah kawen so aku excited la nak buat kuih2 ni bagai. dah pernah try oven tu untuk buat macaroni bakar n puff. Semangat la jugak pasal menjadik. Sekalik, masa buat muffin ala2 Kenny Rogers, dia tak naik2. Aku tengok api dah ok. Tapi oven tak panas mana. Dia macam hangat2 taik ayam je panasnya.


Dah lepas 2 jam aku tak puas hati. Tengok lagi. Kali ni tak kelip2 tengok tempat lain dah. Memang concentrate kat oven tu je. Rupa2nya, dia kejap panas, kejap tidak. Aku check balik semua ok. Takda la pulak kejap blackout, kejap tidak. So korang boleh imagine la kan muffin tu kejap naik, sat lagai slow2 adunan tu turun.


Sah, memang oven ni bingung. Last2 aku bia rkan muffin tu dalam oven tu sampai panas tu habis n keluarkan. Seriesly mmg best adunan tu tapi sebab tak naik, jadi dia macam bantat tak bersebab. Dengan resipi2 tu sekali aku baling ke tong sampah.


Masa raya posa tahun aku macam meroyan buat kek. 3 resipi kek sekaligus. 2 kek coklat, 1 kek serbabagai colour. Siap cakap kat mak 'Along nak buat kek ni. Jangan ditahan2'.


Memang tak ada orang tahan pun.


Sudahnya, 1 kek coklat ke tong sampah. Yang lagi 2 tu aje yang menjadik.



Oven tu??

Aku letak kat bawan sinki. Segala mak nenek untuk buat kuih duk diam2 dalam tu. Jangan disebut2 nak buat kek bagai dalam rumah aku. Mak sentap tau...




No comments:

Post a Comment