Tuesday, November 20, 2012

Tak tertelan daku ngan ESP ni

Rasanya ramai yang dah tau produk ni. ESP ni produk Shaklee untuk tambahkan susu badan. Actually banyak la dia punya khasiat lain cuma aku nak highlight tang menambahkan susu tu. Pun main reason aku beli benda ni pasal nak tambahkan susu.





Adik memang aktif minum susu. Tak kira susu badan ke susu formula ke. Sampai at one time masa dalam pantang aku and En Hubby takut tengok dia minum susu. So kitorang decide sumbatkan puting kat dia. Habis cerita. Ada orang tanya sian kat dia sebab kecik2 lagi dah sumbatkan puting. Aku lagi takut tengok perut dia yang membuncit. Lepas susu, nak susu lagi. Susu badan sampai tak sempat nak pam.


Bila aku dah start kerja aku minum bergelen2 air masak. Nak produce susu badan banyak2 punya pasal. Asal sampai rumah je bagi dia minum. Ada masa cukup, ada masa tak. That's why aku ambik ESP ni. Sebab selain daripada menambahkan susu, boleh memekatkan susu jugak. So budak cepat kenyang.


Yang jadi masalahnya ialah, aku yang payah nak minum. Dah la memang jenis tak minum susu. Alih2 aku minum susu soya tepung ni. Konon bancuh ngan Milo tak rasa. Bukan tak rasa lagi, men'spoil'kan rasa Milo tu adalah. Sudahnya aku bancuh kosong minum sambil tutup hidung.


Selamat....


Motif aku ambik benda ni pun sebab nak bagi adik minum susu badan lama sikit. Biarlah dia bergayut kat aku sampai dia besar sikit lagi. Tapi aku bagi limit sampai dia nak tumbuh gigi je. Sebab sekarang pun gusi dia dah gatal and sometimes dia geram, aku yang jadi mangsa. Tu tak campur masa menyusu dia bercakap tapi mata pejam.


Takkan baru 5 bulan dah mengigau kan?? Kan??


Ke ado??



No comments:

Post a Comment