Friday, December 14, 2012

Minggu yang stress

Sangatla busy minggu ni sampai aku tak sempat2 nak makan kat ofis. Sampai je rumah perut berbunyi2 sebatu boleh dengar. Masa masuk ofis hari Isnin, tak jejak kaki kat tempat aku lagi, big boss dah kol. Sampai naik takut bila dengar tepon bunyik.


Bila dah seminggu macam tu, tetiba rasa kurus sikit sebab miss makan..(perasan, nak buat mcm mana)


Pulak tu internet kat rumah kebingungan. Jap ok, jap tidak. dah la kita ni sibuk nak kena ada internet access. Sudahnya main msg2 je dgn bos. Tapi..........






Motip letak bunga sebelah tepon sebab taknak bagi dia ambik gambar sorang2..... Boleh?


..oleh kerana payah nau aku nak tengok email, company bagi aku blackberry dengan harapan cik nurul ain pls tengok email sebelum tido. Masalahnya, aku tak pandai pakai. Nak mendail pun terkial2. Sudahnya aku pegang 2 telepon company, satu Nokia, satu Blackberry.


Yang bestnya big2 bos pergi scuba kat oversea hari ni, seminggu kemudian baru balik. Baru je aku wish selamat bercoti, bos dah cakap 'dont worry ain, we booked a very nice hotel with internet access'


Moralenya?


Sila jenguk email anda lagi.


Sekian laporan untuk minggu ini.





No comments:

Post a Comment