Friday, December 27, 2013

Buatla homework sikit...

Sungguh la aku tak paham budak2 zaman sekarang ni. Nak carik kerja tak bersungguh berusaha. Aku yang mendengar head aku mencarik budak nak kerja pun boleh stress  dibuatnya.


Position tak la berat mana pun. Accounts assistant je pon. Tapi la orang2 yang menghantar resume ni bila kita call n tanya pasal company, memang tidakla buat research dulu. Makanya dah tentu2 ko tak clear tentang apakah yang company tu buat.


Pulak tu JD pun tak baca. Main sebat click  apply ajer. Boleh assume pulak 'Ala, accounts assistant je pun. mesti report pada Finance Manager. Buat AP and AR'. Hello dik, masalahnya position ni tak sentuh langsung AP and AR tau. Konpiden nau korng menjawab.


Ada pulak yang duk mention pasal nak gaji yang lebih tinggi. Berterus terangnya korang ni laaaa.. Bukan sikit2 nak naik pulak tu. Aku time mintak kerja kat company sekarang sikit punya cuak ntah ok ke tidak letak gaji banyak tu. Itu pun mintak advise agent dulu baru la berani letak dalam resume. Bila dah confirm jawatan company bagi kenaikan pasal aku mintak bawah market value.


Moralenya, baca la sikit pasal company yang korang apply, apa JD position tu and agak2 la masa mintak gaji tinggi. Agak2 ko kerja excellent and proven boleh la dik oi.. Tapi kalau phone interview pun tak lepas camno nak tolong???


Friday, December 13, 2013

My away day became their away day too....

Hati sangat bahagia nak update blog selepas makan Prosperity Burger. Padahal kata takda selera. Takda selera makan prosperity burger, kalau ada selera????


Jangan bayangkan. Tapi hari ni boleh makan banyak sikit sebab turun 1 kg. 1 kg je pun tapi nak gebang sampai dalam blog sebab perempuan preggy memang macam tu. Hover kan??


Weekend baru ni, aku ada division away day plus team building. Jumaat lagi dah kena g Sunway Hotel & Spa Resort for in door activities. Tapi tidonya kat Sunway Pyramid Hotel. Mainnya kat Sunway Lagoon. Habis tempat muka kitorang je. Pagi tu ada briefing sikit, knowledge sharing and something like motivation sikit la.







Group for team building



Sessi mendirikan rig pakai kertas suratkhabar dan selotape je. Sikit punya riuh. Rig group aku sikit punya kecik tapi tinggi mai ai.... Tak sempat nak snap sebab orang dah menjerit2 masa nak habis.



US!! Aku  yang duk sebelah banner. Motip duk sebelah banner... SEBAB PERUT BESAR DAH


Lepas makan2 kat restaurant dalam hotel harusla g shopping kat Sunway Pyramid. Aku ni kalau anak2 takda, kaki ringan sungguh nak pergi shopping. Within 1 hour dalam grab 3 baju pregnant and 1 skirt. Sikit punya mudah shopping kali ni. sebab semua duk setempat.... (alasannn..) Lepas shopping, g solat sat pastu sambung team building sampai 4.30 ptg. Habis je program terus masuk bilik n calling2 En Hubby britau no bilik segala...



 




Oooo.. yang atas katil tu hasil rembatan. Mak buyung tak sabar2 nak test baju...


Malam tu ada makan2 kat Sunway Hotel and Spa. Tapi tak sempat nak snap gambar sebab adik sangat pemalu and Alya sibuk nak mandi dalam swimming pool. Itu pun tak tunggu sampai habis event sebab tak daya dah.


Second day, activity masuk air. Aku tak join tele match so boleh bawak anak2 main air awal sikit.... Itu pun aku rasa dah hazab sebab budak2 ni memang sangat menggilai air. Lontaran suara aku dah tinggi betul kat tengah2 air tu. Nasib baik hujan nak turun tghari tu, kalau tak harus sampai Sunway Lagoon tutup baru nak keluar...


Sempat capture gambar adik aje. Alya ngan En Hubby duk main lompat2 (ntah hape ke benda nama aku pun tak ingat dah). Tapi masuk je dalam kete dua2 tido. Ngan aku2 sekali....:)


Yang ni nampaknya main air yang terakhir sebelum bersalin. Tak daya dah wei nak bawak budak2 ni lagi. Boleh cramp kaki aku.


Wednesday, November 20, 2013

Ikut sapa la nak oii

Macam sangat senang hati 3 hari berturut2 ada entry kan. Sebenarnya bos takda. Tu yang free sikit. Hohohoho..

Yang benornya, sebab dah nak hujung tahun banyak yang dah settle. Maka adala masa nak update. Itupun plan untuk tahun depan aku dah start buat tahun ni. Aku ada Jan and Feb je. Mac dah nak bersalin, tak hingin nak buat kerja ofis lagi dah. Bila masuk ofis May nanti start lagi budget. Nan ado aku menghupdate blog.

Sebelum aku nak cerita pasal anak dara aku, nak pesan2 sikit kat orang yang nak tempah homestay. Jgn takut bila aku memaki dalam blog semalam. Aku maki kat orang yang buat salah. Yang tak buat salah tak bersebab aku nak memaki. Buang tebiat namanya. Kitorang baik, dont worry (biarla aku puji diri sendiri)

Aku nak share gambar anak dara aku yang suka nau merajuk. Sikit2 merajuk. Ntah dapat dari sapa pun tak taula. Bila mak (pengasuh budak2 ni) tanya kat Alya sapa ajar adik merajuk, selamba aje dia kata MAMA.

Sikit ko tak tapis nak oiiii....

Tapi En Hubby kata memang aku kuat merajuk. Sekarang jatuh kat anak. Aku yang letih melayan.





Gambar ni mak dia yang hantar kat aku. Ngan rambut tak berikat, moncong mulut..... Bukan main lagi ko merajuk dik...




Ni masa Ahad baru ni. Aku duk buat kerja kat luar. Dia panggil banyak kali nak ikut aku tak bagi. Bila aku masuk dia pusing dari satu bilik ke satu bilik. Merajuk sangat. Last2 duk balik langsir. Bila aku nak ambik tu yang menangis. Berasa hati sangat laaaaaaa.....

Tengahari tu memang duk melayan dia je la. Tido pun berpeluk. Sedih nau hati dia...

Tapi bila tanya sayang ke tak mama, asik geleng kepala....







Homestay : Budi bahasa tolong elok2 sikit!!

Dah lama aku tak memaki dalam blog kan? Sebabnya tak sempat. Kadang2 malas dah nak cakap. Selebihnya baik aku diam.

Tapi yang ni sebab orang tak reti nak cakap elok2 ngan MAK aku. Korang cakap lebih kurang ngan aku ok lagi. Tapi bila kena kat MAK ABAH aku, memang kesilapan besar yang korang buat.


Citer dia cam ni. Ada la orang dari Kelantan ni booking homestay kat Serendah tu. Dia kata dia gerak pukul 2 pagi, so sampai KL dah tentu2 tak pukul 2 ptg lagi. Masuk rumah patutnya pukul 2 kan.


Tapi kitorang ni baik. Ulang suara, BAIK hokey.


Tak la ikut sebijik sejebon cam hotel. Ko sampai tak pukul 11 lagi family aku bagi masuk rumah. Nama pun ko sampai awal, apa ko ingat tuan rumah kena tunggu ko dr pagi nak sambut??? Ko sampai awal ko tunggu la jap. Ni marah2 sebab ko sampai tuan rumah takda lagi. Tak reti pulak nak cakap baik2 tu. Mana ko letak muka ko masa masuk rumah aku pukul 11 pagi??


Boleh dia cakap kat mak aku " Rumah je cantik tapi budi bahasa hancur."


Binawe betul la ko. Alang aku takda di tempat kejadian, kalau tak aku suh keluar dr rumah. Jgn ingat aku tak buat. Aku kalau dah marah macam celaka jugak perangai. Ko buat kurang hajar, aku balas balik.


Macam tu pun mak abah aku tak menjawab. Dah tu dalam ramai2 orang kat situ, hanya sorang je yang reti salam mak aku. Yang lain, punah habis budi bahasa.


Aku pelik, tuan rumah sapa sekarang? Mak aku ke korang? Dah korang buat perangai macam tu esok tghari pukul 12 lebih family aku dah kat sana tunggu kunci for checkout. Mak aku siap britau suh tengok dulu kalau2 ada barang yang tertinggal.


Boleh dia jawab balik suh mak aku yang tengok2 kan kalau ada barang2 dalam rumah yang dorang ambik bawak balik. Nada mengejek ok.


Series aku tak paham mentaliti orang Kelantan apakan ini. Aku tak kata semua orang Kelantan tapi semua anak beranak dia buat perangai macam tu. Malang betul korang anak beranak. Korang memang kena block la lepas ni.


Orang yang nak masuk rumah lepas ni aku suh strict kul 2 baru masuk. NO MATTER WHAT. Kalau perangai semenggah ikut budi bicara family aku la nak bagi checkout lambat ke, nak kurangkan bayaran ke.


Tolong buat reti sikit, masuk pukul 2 ptg, keluar pukul 12 tghari.


Aku dah muak dah ngan perangai orang yang lebih2 kurang ngan family aku.


* untuk pertanyaan homestay/booking please call aku 0123320725 atau idah 0122850346 sahaja...


Tuesday, November 19, 2013

Asik2 kek princess

Sejak2 aku belikan kek princess untuk Alya masa bithday dia yang ke 3 dulu, setiap bulan dia mintak kek princess. Dari satu minggu jadi sebulan. Sebulan jadik beberapa bulan. Mama dia tak larat dah nak berjanji. Masa bithday aku bulan 6 tu dia dapat jugak kek. Tapi letak gambar upin ipin. Mama dia terpaksa redho potong jugakla kek upin ipin.


Pastu bila balik kuantan masa buat kenduri doa selamat, makcik dia dah belikan rainbow kek, letak gambar princess. Setahun berapa kali sambut birthday anak aku ni....


Balik kuantan 3 minggu lepas kot, aku order rainbow kek lagi. Macam biasa kena ada gambar princess la kan. Siap letak nama dua beradik ni. Dah macam tak sabor2 dah nak potong kek.





Kek pun tak sempat2 nak letak elok2. Baik snap dulu sebelum kena potong.




Adik akhirnya berjaya jugak capai aising tu sebelum aku suh posing



Alya tak sempat2 dah....




Tak sabar dah......




Akhirnya, selamat kek dipotong. Lepas tu En Hubby ada letak lilin nak suh tiup ramai2. Ada la 3 kali tiup lilin. Lepas tu gambar princess bahagi 2, satu Alya satu Amira (cousin dia). Kek orang lain yang makan.

Lain kali kita order gambar princess je. Rabak mama tiap2 bulan nak kek....

Thursday, November 7, 2013

New rate dong!!!

Oleh kerana ada orang yang bertanya pasal homestay kat serendah, maka meh la aku betulkan rate untuk homestay ni ye. Harap maklumla dik, akak sibuk ngan kerja opis, update blog pun sebulan sekali ini la jadinya. Itu pun rumah tu dah transform jadi yang lebih baik. Akak ni ha je yang tak update2 gambar. Tengok la minggu depan ke, akak update gambar baru.

Rate baru untuk 1 malam dan malam2 seterusnya ialah RM250. Yang berderet homestay kat jalan tu semua pakai rate yang sama. Ini namanya sepakat membawa berkat. Hahahaha.. Cuma kalau korang ambik banyak hari dan bermulut manis sila2 la nego ngan bonda akak hokey. Kalau setakat ambik semalam 2 nak nego, akak dah pesan jangan ngade... Hehehehe....

Okla. Akak ada dateline. Ni menghupdate pun kerana terpaksa. Cheers!!!

Monday, October 21, 2013

Stress bila bukak blog

Macam mana la aku tak stress. Duk memikir apa yang aku nak update kali ni. Sudahnya aku bukak blog orang. Gigih sungguh la orang lain update 2 kali 1 hari. Aku? sekali sebulan. Sikit lagi sekali setahun. Lepas tu aku tutup terus blog.

Semalam majlis akad nikah and sanding cousin aku. Abah pun sama naik jadi orang penting sebab saudara mara dr Indonesia pun datang. Ramai lagi saudara mara aku kat sana. Yang turun 11 orang aje.



Hantaran dr pihak lelaki

Hantaran dr pihak perempuan


Pengantin nya


Add caption


Mak sedara kena interframe jugak


Ok, yang ni tak tau nak komen ape

Terserlah ketembaman mak sedara n anak sedara


Mama sorok ketembaman. Tq adik..


Future pengantin yang sibuk nak kek pengantin yang bergambar tu. Alya siap menangis2 lagi nak kek yang tu jugak.. Memang salah pilih la nak oiii.. yang ko mintak kek pengantin. Pengantin pun tak rasmikan lagi......


Friday, September 27, 2013

Mini family gathering

Orang lain dah berpuluh2 entry sementara nak masuk Raya Haji. Aku masih terkial2 nak bercerita. Ada hati nak close terus blog ni. Tapi aku simpankan jugak sebab nak ingatkan balik apa yang aku merempankan setiap tahun.


Sabtu minggu lepas cousin2 aku buat aktiviti berkelah kat Serendah. Elok la sangat sebab aku memang nak ajak Alya ngan adik g main air minggu sebelumnya tu. Konon nak g Lentang, tup tup malam tu hujan. Cancel terus. Kita piknik dalam rumah aje. Bila kata nak pergi Serendah, elok la sesangatnya. Nak pulak makcik aku buat nasi dagang. Fuh!! Kalau tak datang memang menyesal.


Dan seperti biasa, family aku la antara yang terawal sekali. Abah dah pesan hari sebelumnya lagi, 8.30 pg dah kena bertolak. Itu pun lewat gak sikit keluar rumah. Sebabnya adik batuk2 malam sebelum tu, makanya tak lenala anak dara tu tido. Duk berguling2 habis kawasan depan TV mak aku dia pusing. Last2 buatkan susu panas, lena sampai pagi. Aku tido balik pukul 5pg. By the time Subuh mak aku kejutkan dah rasa cam tak boleh nak angkat mata mengantuk sesangat.





Sessi makan

Serius nau...


Ntah apa yang serius sangat. Nak kata abah aku bagi tazkirah kat air terjun tak jugak......





My anak dara n aiskrimnya. Sejuk2 pun mintak aiskrim...

Adik suka sangat la ngan baby. Baby tu anak cousin aku. Kejap2 cium.


Adik kuat betul makan sekarang. Jap2 nak keropok. Semalam tengok kakak minum Vitagen, dia nak jugak. Dah habis airnya, aku ambik la bekas tu buang dalam tok sampah. Meniarap kawan tu merajuk.



Air terjun yang takla sebesar mana pun. Tapi aku memang takkan ke Templer Park dah la. Ni dah dekat ngan rumah..

Dinner malam tu. Dah tak lalu nak makan nasi sebab pagi n tengahari tu mengadap nasi dagang. Tapi yang ni pun semangkuk aku habiskan.

Gambar2 cousins yang lain aku dah tak sempat nak snap. Makanan pun betul2 snap gambar nasi dagang aje. Padahal makanan banyak. Next family gathering insya allah kat Terengganu. Can't wait!!

Monday, August 26, 2013

Akhirnya!!! Akhirnya!!!

Salam Aidilfitri u ollsss...

Akhirnya aku berjaya jugak update sesuatu sebelum habis Syawal. Masa Ramadhan aku dah berkobar2 nak update sesuatu. Jangan sampai takda langsung. Sekali, sekian terima kasih. Tak sempat nak buat apa2. Aku dah sampai niat nak tutup aje blog, habis citer.

Ramadhan aku agak men'stress'kan jiwa sebab aku pregnant anak no 3. Alhamdulillah tapi tang mabuk masa posa yang aku tak tahan. Masuk aje Ramadhan aku dah mengira hari. Of course la lambat lagi habis nya. Dah la ngan budget yang sat sat tukar. Minggu ni tukar plan, minggu depan tukar benda lain. Sampai satu tahap aku rasa ada tujuhbelas kali lagi dorang nak tukar, so tak payah nak stress2 sangat. 

Kan senang hidup aku kalau set macam tu awal2. 

Sampai ke saat aku duk bercerita ni, aku still syak yang dorang nak tukar lagi budget figure. Padahal bos aku kata ni dah masuk final stage dah ni. Tak patut tukar2 dah. Tapi hati aku dah set, paling kurang sekali lagi kena tukar. 

Dah la dengan takda selera nak makan. Hari2 tanya En Hubby nak makan apa yang sedap. Betul2 aku masak 3 kali je kot masa posa. Masa mabuk ni mana boleh nak bertumis2 bagai. Tak pasal aku jadik lembik. Yang aku nak sangat sampai ke sudah tak dapat ialah AIR TEBU. Yang tak boleh tu la yang almost hari2 aku nyanyikan tepi telinga En Hubby.

Tapi pregnant kali ni tak la mabuk macam mengandungkan Alya. Takla low blood macam mengandungkan adik. Dalam macam tu pun company nak jugak confirmkan aku. 
Syukur alhamdullilah. 

Aku harapkan confirmation je pun, tetiba dapat increment sekali. Bos aku kata yang aku mintak dulu lower dr market price. Sebab tu aku dapat pelarasan kali ni.

Sujud syukur akak weiii...

Nape tak ejas banyak lagi ??? (mula dah tamak haloba)

Dah.. dah.. nak sambung kerja. Take care!! 

Sunday, June 16, 2013

Bersawang blog i kan?

Salam all.


 Lamanya tak bersiaran. Tiap2 minggu ada je benda yang nak share tapi memang sangat2 sibuk. Bila ada masa lapang je memang dah set dalam kepala baik aku tido, rehatkan badan. Stress duk kat tempat keje baru sebab masuk2 je kena handle budget.


Apa la yang busy sangat kan?


Untuk orang baru yang tak berapa nak reti ni macam tercungap2 nak buat kerja. Tak cukup tangan rasanya. Nama je boleh balik pukul 5 tapi aku rasa 2 minggu yang pertama je aku balik sharp2 pukul 5. Itu pun pasal head department aku takda. Yang lain kebanyakkannya lepas pukul 6. Pastu balik sambung kat rumah. Toksah tanya la berapa miserable weekend yang aku dah tempuh tapi minggu ni aku nekad taknak bukak laptop.

Nehi..


Dalam sibuk2 tu, terselit birthdya adik yang jatuh pada 12 Jun. Alhamdulillah, setahun dah adik. Dah pandai protes sikit2, dah pandai nak bermanja, dah pandai main ngan kakak. Buli kakak sikit2 pun dah.




Gambar kat rumah makcik yang buat majlis bertunang anak dia. Aku biasa la busy body sikit nak ambik gambar jugak kat pelamin.



Nampak sangat mama dia yang hover. Anak2 tak sedia lagi, mama dia dah senyum .
Nasib baik tak nampak jerawat yang timbul akibat stress. Tak nampak kan?? kan??





Amina tak sabar2 nak ambik gambar. Orang kawen katanya.





My girls..

Dah besar dah korang... *emopulek*


OO.... By the way, makcik aku kat perak kata Amina ni jelmaan aku masa kecik2. Dengan badan debab, rambut n yang paling penting tang mata.


So korang boleh bayangkan kecomelan aku masa kecik ye..


*benarkan i perasannnnnn*

Take care all!!!