Saturday, January 26, 2013

Nak eksen agak2 la sikit ....

Boleh dikatakan tiap2 hari ada je citer. Aku je yang malas nak mengupdate.Benda2 negatif ni bukan bawak aura yang baik. Menyemakkan fikiran lagi adalah. Tapi ada satu penyakit ni yang aku rasa memang nak kena share.


Penyakit cuba nak berlagak bagus tapi sebenarnya indah khabar dari rupa.


Situasi 1.

Mamat yang masih sama seperti dalam entry2 aku sebelum ni. Masa ada sorang staff baru masuk, lepas dia brief segala tugasan bagai tiba2 dia citer yang dia dari satu hospital yang terkenal jugak la kat KL ni. Dia kata kalau kita sebut nama dia kat hospital tu semua kenal dia. Staff baru ni pulak ringan mulut bercerita kat aku sebab partly dia buat kerja aku jugak.

PADAHAL..... Sebenarnya mamat ni tinggal sorang2 terkontang kanting kat Accounts Department hospital tu. Yang lain semua dah berenti sebab hospital swasta tu nak bungkus.

Tak sure masa tu nak gelak ke atau kesian tapi tak agak2 nak bangga diri. Macam la orang lain tak tau. Or dia memang ingat orang lain tak tau.


Situasi 2.

Ada sorang kakak ni bersungguh2 cerita kat kitorang yang dia nak g memancing kat satu tasik yang glamor ni. Harga resort 1 malam sikit punya mahal dengan bot yang siap boleh tido lagi. Makan ribu jugakla. Plan sikit punya bising tetiba cancel. Aku ok je la sebab gaya cam orang kaya2.

PADAHAL..... Sebenarnya gaji dia ciput je. Itu pun kakak dia ambik dia kerja pasal kesian. Yang paling kesian bila kakak dia kata dia naikkan gaji adik dia pasal kesian kat adik dia ni. Laki dia pun 'con man'.

Yang ni aku baru tau minggu lepas. Seriusly, perlukah tunjuk seolah-olahnya diri itu hebat tapi sebenarnya takda apa2? Duk diam2 sudah kan boleh. Tak pasal2 orang duk kata awak bodoh tak bertempat.


Yang paling tak paham kenapa la aku kena dengar & tau benda2 ni. Sebab automatik aku dah switch pandangan aku terhadap 2 orang ni.


Minggu depan nak dengar citer2 baik ajer udah.....



Tuesday, January 22, 2013

Adik oooooo... adik

Adik dah masuk 7 bulan setengah. Aku ni anak dara 2 orang tapi lasaknya dua2 orang ni macam ada 2 orang laksamana.





Sibuk tengok kakak main kat KLCC




Tak larat dah masa ni.





Mak kena follow aku g ambik budak2 masa aku MC mggu lepas




Macam ye ye aje tengok kete




Main ngan kakak




Gambar yang tak nampak sangat ketembunan nya


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Ha!! Masa ni dah penat sangat tertido dalam kete.



Monday, January 21, 2013

Alya balas dendam

Semalam En Hubby bawak kitorang  anak beranak g KLCC. Macam biasa la, tujuan asal sebab nak bagi anak dara dia main je. Tup tup Alya melencong nak mandi manda. Dah la dengan tak bawak baju. Towel pun tadak. Ikut dan aje dah.

Plan asal : Nak jogging






Pastu : Main





Last-last : Mandi (agenda favourite)








Mula-mula ada baju pastu taknak pakai baju dah. dah lal badan sikit punya semangat. Itu pun lepas tu dia nak bukak seluar. Tak hengat!!!!


Adik dari elok mata bulat tengok orang main terus tertido. Tak larat agaknya dia nak tengok aksi kakak dia.


Kitorang kat KLCC sampai 11.30am. Itu pun macam2 alasan buat nak suh balik. Kalau tunggu dia bosan sampai pukul 1 petang tak settle lagi. Itu pun bila sampai rumah dia dah menangis2 taknak masuk rumah. Aku packing2 balik, tukar pampers baju segala terus g TESCO Ampang. Sambung main kat sana pulak.


Pukul 5 ptg rumah aku senyap sunyi, semua tertido kepenatan. Alya Amina punya pasal.....




Friday, January 11, 2013

Tahun baru tapi masih ada orang di takuk lama

Mula2 aku mengharapkan permulaan yang baik untuk tahun 2013. Basically takda tahun bagi aku tahun yang suwei atau maland dsbg. Semuanya bergantung kepada apa yang ko usahakan. Usaha sikit dapat sikit, usaha banyak dapat banyak. Kan fair tu.


Cuma taknak la mulakan tahun baru dengan makian huru hara yang tak bertempat. Ni boleh dikatakan tiap2 hari tense yang tak sepatutnya. Tak tense dengan kerja tapi tense dgn sikap yang kita carry forward dari tahun2 yang lepas.


Ada sorang mamat kat ofis aku ni yang memang tak reti nak hormat orang lain. Eventhough ko manager, tapi kalau ko jenis yang suka duk naik suara semata2 nak tunjukkan yang ko bos, mintak maap la orang nak respect. Pada aku kalau staff tu salah sekalipun perlukah sampai nak naik suara? Suara marah & penegasan adalah 2 benda yang berbeza. Oh.. dah tetiba2 lepas marah belah pagi, belah petang boleh pulak cakap elok2.


Pada aku, APAKAH????


Maruah staff ko yang kena marah seantero pejabat boleh dengar tadi macam mana la deiii???


Satu lagi perangai yang aku marah ialah memburukkan kawan2 lain. Bila kawan tu takda, dia salahkan kawan pulak. Bila kawan tu datang balik tetiba elok. Like WHAT la???? Orang yang duk sebelah menyebelah ni macam terpinga2, aku salah dengar ke????


Kerja dalam office pada aku ialah team work. kalau sorang buat salah, yang lain kena cover, kena tegur. Bukan dengan cara mengadu buruk dia kat bos tapi ko tak tegur. Anak buah tak buat kerja, yang buruk bos sebab ko tak reti manage budak ko. Itu je. As simple as that. Aku tau ada yang tak setuju dgn statement aku ni, tapi kalau duk kat dunia korporat inilah hakikat.


Lastly, orang yang tak reti2 bahasa yang suka sangat duk bergaduh makan tahun ni, aku nasihatkan toksahla carry perasaan busuk hati tu. Macam takda kerja lain dah. Banyak benar masa nak sibuk2 hal orang. Sangat penyedihkan la orang2 macam ni. Kesian kat organ dalaman dia stress dgn tuan sendiri.


Jenis orang2 macam ni kalau aku kata toksah bergaduh tapi degil nak gaduh jugak, aku bagi nama
TAK RETI BAHASA


Tak koser aku nak layan la weiiii........................