Monday, January 21, 2013

Alya balas dendam

Semalam En Hubby bawak kitorang  anak beranak g KLCC. Macam biasa la, tujuan asal sebab nak bagi anak dara dia main je. Tup tup Alya melencong nak mandi manda. Dah la dengan tak bawak baju. Towel pun tadak. Ikut dan aje dah.

Plan asal : Nak jogging






Pastu : Main





Last-last : Mandi (agenda favourite)








Mula-mula ada baju pastu taknak pakai baju dah. dah lal badan sikit punya semangat. Itu pun lepas tu dia nak bukak seluar. Tak hengat!!!!


Adik dari elok mata bulat tengok orang main terus tertido. Tak larat agaknya dia nak tengok aksi kakak dia.


Kitorang kat KLCC sampai 11.30am. Itu pun macam2 alasan buat nak suh balik. Kalau tunggu dia bosan sampai pukul 1 petang tak settle lagi. Itu pun bila sampai rumah dia dah menangis2 taknak masuk rumah. Aku packing2 balik, tukar pampers baju segala terus g TESCO Ampang. Sambung main kat sana pulak.


Pukul 5 ptg rumah aku senyap sunyi, semua tertido kepenatan. Alya Amina punya pasal.....




No comments:

Post a Comment