Saturday, January 26, 2013

Nak eksen agak2 la sikit ....

Boleh dikatakan tiap2 hari ada je citer. Aku je yang malas nak mengupdate.Benda2 negatif ni bukan bawak aura yang baik. Menyemakkan fikiran lagi adalah. Tapi ada satu penyakit ni yang aku rasa memang nak kena share.


Penyakit cuba nak berlagak bagus tapi sebenarnya indah khabar dari rupa.


Situasi 1.

Mamat yang masih sama seperti dalam entry2 aku sebelum ni. Masa ada sorang staff baru masuk, lepas dia brief segala tugasan bagai tiba2 dia citer yang dia dari satu hospital yang terkenal jugak la kat KL ni. Dia kata kalau kita sebut nama dia kat hospital tu semua kenal dia. Staff baru ni pulak ringan mulut bercerita kat aku sebab partly dia buat kerja aku jugak.

PADAHAL..... Sebenarnya mamat ni tinggal sorang2 terkontang kanting kat Accounts Department hospital tu. Yang lain semua dah berenti sebab hospital swasta tu nak bungkus.

Tak sure masa tu nak gelak ke atau kesian tapi tak agak2 nak bangga diri. Macam la orang lain tak tau. Or dia memang ingat orang lain tak tau.


Situasi 2.

Ada sorang kakak ni bersungguh2 cerita kat kitorang yang dia nak g memancing kat satu tasik yang glamor ni. Harga resort 1 malam sikit punya mahal dengan bot yang siap boleh tido lagi. Makan ribu jugakla. Plan sikit punya bising tetiba cancel. Aku ok je la sebab gaya cam orang kaya2.

PADAHAL..... Sebenarnya gaji dia ciput je. Itu pun kakak dia ambik dia kerja pasal kesian. Yang paling kesian bila kakak dia kata dia naikkan gaji adik dia pasal kesian kat adik dia ni. Laki dia pun 'con man'.

Yang ni aku baru tau minggu lepas. Seriusly, perlukah tunjuk seolah-olahnya diri itu hebat tapi sebenarnya takda apa2? Duk diam2 sudah kan boleh. Tak pasal2 orang duk kata awak bodoh tak bertempat.


Yang paling tak paham kenapa la aku kena dengar & tau benda2 ni. Sebab automatik aku dah switch pandangan aku terhadap 2 orang ni.


Minggu depan nak dengar citer2 baik ajer udah.....



No comments:

Post a Comment