Wednesday, February 27, 2013

1001 macam hal

Yang aku nak cerita takda la sampai 1001 cerita. Kome biar betul. Lenguh jari jemari runcing aku nak taip. Ni pun main curik2 buat entry bila bos konpom naik flight.


 *Fuh,lega seminggu*


 Bila aku bercakap pasal bos, memangla ada macam2 perangai. Bila dapat yang muda, macam2 benda yang dia nak kita buat. Bila dapat yang tua, fussy pulak. Time aku nak finalkan accounts macam2 la yang orang tengok. Masa tu la nak suh buat macam2 padahal accountant sebelum2 ni main sebat je. Aku jugak la yang jadik mangsa. Aku lagikkk!!! Stress....


 Konon je ni bos takda tapi dia bagi bekalan kerja rumah macam budak2 punya mak ai, terdaya ke aku ni nak buat. Cuba masa bagi kerja bertimbun tu tetiba ko up gaji aku barang 2, 3 ribu... *in your dream babey*


Masa2 macam ni la aku teringat bos2 lama aku. Perangai yang dulu2 sikit pun tak semenggah. Asal kerja banyak hentak kaki, asal kena marah tarik muka. Bila sendiri ada anak buah baru tau. Kena balik kat muka sendiri.


 Kesemua alasan di atas menjawab kenapa aku tak update blog plus angin aku tak baik nak update blog...




Adik & En Hubby. Dah pandai bermanja2 dah. Tapi yang tak bestnya masa aku kat dapur nak masak tu la dia tarik2 kain aku. Dah nampak macam tak cukup kasih sayang anak dara aku ni.




Kakak nak jugak ambik gambar jari dalam mulut. Adik pun dah start ikut perangai kakak dia. 
Asal tido je main telinga. Pelik betul...




Yang tersayangssssss... (sebab ramai kan??)


No comments:

Post a Comment