Monday, February 18, 2013

Pengsan aku melayan anak dara...

Bila dah ada anak dara yang cukup pandai bercakap ni, memang most of the time mak bapaknya asik terperangkap jer la.. Hujung minggu baru ni aku bawak la anak dara ni g pasar. Dah sebut siap kita nak beli ikan, udang etc. Dia boleh tambah pulak 'beli pisang, jagung'. dalam hati aku kata arrrr sudah budak ni.


Takpe kita g je dulu. Kalau dah panas kang tak beli la. Rupa2nya dia tak lupa pisang dia. Pisang pulak hijau2 lagi camno aku nak beli. Selamat kat situ. Lepas beli sayur aku ajak balik, sekalikkkkkkk dia ajak g NSK.


Alya : Mama, kita pergi terima kasih thank you. (masa dapat resit mesin tu kata terima kasih, thank you)

Aku  : Jomla balik, adik kat rumah tu.

Alya : Ala, kejap je. Nak beli shampoo.

Aku  : Ai, yang mama letak kat kepala adik tu bukan shampoo ke?

Alya  : Shampoo kat rumah mak dah habis. (mak = pengasuh)


Budak ini la kan... Tak pernah bagi kertas kosong. Jawab mesti jawab. Padahal masa bila aku belikan shampoo bekalkan kat rumah mak dia. Shampoo badan tu dah sekali ngan shampoo rambut.


Dah la sikit punya hazab nak parking kete. Dia selamba je order 'parting la mama'(read: parking = parking). Aku dah nak naik angin dah campur ngan budak tu melalak2 dalam kete nak parking jugak. Lepas tigabelas kali pusing baru dapat parking. Itu pun aku tak masuk dalam NSK beli barang, singgah kat kedai buku tepi2 tu je belikan buku warna.


Sikit punya sengih kawan tu dapat buku. Siap daalam kete lentok2 kan kepala kat aku. Aku dah masam2 dah muka tapi mengenangkan perbuatan dia tu nak gelak pun ada. Bila sampai kat rumah aku cerita kat En Hubby. Rupa-rupanya malam sebelum tu dia pergi NSK bagitau kat papa dia shampoo aku dah habis.


Bertuah betul ko ni nak....





No comments:

Post a Comment