Thursday, February 21, 2013

Tiger

Dah 3 hari berturut-turut Alya duk kurung kitorang dalam bilik. Dia kata tiger nak datang. Habis dia kumpul segala bagi barang mainan dia masuk dalam bilik. Lepas kumpul barang mainan dia, semua kena duk dalam bilik. Tak kira dah orang dah makan ke belum.



tin biskut tu okla tapi kerusi malas, kereta, basikal, drum semua ada.. itu apakah??? 
takda kaitan dgn rescue from tiger..adik dah duk kat hujung katil dah....


Semalan En Hubby demam. Dengan demam2 pun duk ramai2 dalam bilik tu. Aku ni dah la rasa penat sgt semalam dgn segala macam hal kat ofis. Asal keluar dr bilik tu je dia jerit suh aku masuk. Lama2 aku cakap
'takpe, mama jaga kat luar. Kalau dia masuk mama pukul dgn kerusi'


Baru la dia senyap kejap.


Hebat sgt kot aku pun, nak hentak tiger ngan kerusi. Tak hengat punya statement.


Tapi kejap sgt dia duk diam. Pastu dia paksa gak aku masuk dalam bilik. adik dah rimas duk dalam walker. Aku angkat jugak adik, Alya melalak aku biarkan. Ape ke halnya aku duk senyap2 dalam bilik ber4 takutkan tiger.


Janganla hari ni dia buat hal lagi. Ada jugak yang tak makan lagi malam ni.





No comments:

Post a Comment