Friday, March 29, 2013

Shawl

Selamat pagi Jumaat you ollsss..


 Sungguh la malas yang teramat sangat pagi ni melarat sampai ke anak2 buah. Sudahnya aku meng'influence dorang tengok shawl kat FB. (Bos tengok FB, anak buah apa lagi).












Korang g la google kat FB Al-Humaira Contemporary. Harga dia actually murah compared to Fareeda dan seangkatan dengannya. Even dia ada sediakan tutorial for every shawl yang dia jual. Senang kan??


Hasil dari menggoggle kitorang decide nak pergi secara berjemaah kat Masjid Wilayah kang. Maklum, hari Jumaat ada jualan.


Sekian, terima kasih.

Monday, March 25, 2013

Oh My English babeh

Aku ni tiap2 minggu kelebet blog orang tapi malas nak update blog sendiri. Minggu lepas masa duk lepak2 depan TV nampak pulak iklan Oh My English musim 2. Baru je jeling sat TV tengok iklan si kakak dah tolak adik sampai tersembam la budak tu kat tikar. Dah melalak macam kena dera. Aku pukul bantal konon2 salahkan bantal tapi sebut ' aip kakak ni' tup tup kakak pulak melalak. Maka lengkaplah dua2 orang anak melalak.


Sekian, terima kasih.



Yang aku nak cerita ialah Oh My English tu. Ye ye sangat nak citer pasal my Aaron Aziz berlakon jugek. Owh, why la?? why la?? Sebab aku pasti yang beria tengok nanti aku bukan nya anak2nya. Eventho sampai ke adik pun bersungguh tengok iklan tu. Oh, tidak dilupakan As yang sama2 gedik beritau aku yang Aaron Aziz berlakon padahal aku duk tercongok kat sebelah.





it's this week guys!!!!




ok, aku cuma nampak Aaron Aziz sorang jeeeee..........


*ohmamaissohover*


Tuesday, March 19, 2013

Monday, March 11, 2013

Aku suka entry makan. Entry makan buat aku bahagia, tapi gambar makanan takda..


 Kita mulakan makan kat PIZZA. Sebab makan pizza? Sebab dah boring makan nasi n  tak mo masak
(read : malas)




Lama dah tak bergambar ngan anak-anak. Sila abaikan muka aku yang tak berapa nak semenggah tapi pedulik apa yang penting perut aku kenyang.


Belum start makan lagi adik dah mem'berry' kat situ. Dahla kat PIZZA HUT ni takda tempat nak salin pampers baby. Bersilat aku menyetelkan adik siap lipat2 lengan baju. Dah rupa orang nak bersilat. Melimpah ruah pulak tu. Aihhh...




Anak dara ni suka nau la. Siap belikan set for kid. 



Hari Ahad, g Putrajaya jalan2 melawat kawasan. Pastu kitorang g makan kat Monumen.






Anak dara sorang ni memang la tak duduk diam. Ada ada kerja yang dia nak buat.
Masa ni tak boleh nak capture gambar. Tak sempat dah. 
Mengah aku memangku budak sorang ni.





Friday, March 8, 2013

Kerja.. kerja.. kerja.. dan makan

Management account for 1 company DONE!
2 projection cashflow DONE!
1 more to go..

Bulan ni, staff2 aku stress nak habiskan closing, aku boleh sardin je buat closing ngan cashflow sambil garu2 kucing aku kat Pet Society. Kadang2 main Candy Crush Saga. Aku tak kisah anak buah aku nak main FB asalkan meet deadline. Macam mana diorang ejas itu ikut cara masing2.


Oleh kerana aku settle semua benda kat atas sebelum lunch, maka aku me'reward'kan diri sendiri dengan ini:




 CUSTARD DOUGHNUT


Isi custard dia mak aiiiii..... sungguh menginsafkan. Kalau nak makan doughnut ni kena makan sekali je seminggu..Masa timbang berat badan lagi insaf.





Tengok tu, sikit punya penuh isi dia. Pada aku harga RM 3 tu sangat berbaloi. 





Ini semua B.I.G punya pasal...!!!


Ok... nak sambung kerja..

Monday, March 4, 2013

I emo, you all emo tak?

Last week aku tak berapa sihat. Tetiba datang selsema & batuk yang teruk. Lagi pulak duk dalam aircond straight 8 jam, lagi la teruk. Masa drive tu rasa ok lagi ni.. tahan lagi. Tak main la surender2 tengah2 jalan.


Sampai rumah dgn anak2 dah rasa lagi teruk. Lepas mandi2, dgn tak azan Maghrib lagi masa tu aku g baring jap. Adik dah tertido masa  tu. Aku pun ambik peluang la. Tup, tup tak sampai 10 minit baring, adik dah jaga. Sila ke papa kamu la dik.


Tapi biasa la anak2 ni, nak mama jugak. Bukan la kata mithali sangat. Kakak ok lagi, kalau adik kalau dia boleh bergayut kat aku 24 jam suka hati sangat dah. Kalau sambil tengok TV, dia duk kat pangku sambil nenen, mak aiiiii.. macam dunia aku yang punya lah..


Tak sampai hati pulak nak biar budak2 tu dgn En Hubby sorang, aku pun bangun la layan anak. En Hubby keluar g beli makanan. Bila adik dah nak tertido, kakak dia pulak main tarik puting adik. Aku ni dah la lengkap ngan tak sihat, sakit kepala lagi. Kena marah la apa lagi.


Dia tak nangis. Dia cuma pandang aku, kelip2 mata dengan air mata dah penuh bertakung tapi tahan jangan bagi turun.


Yang turun air hujan lebat, aku.


Marahkan anak, aku yang nangis. Aku tau dah, dia mesti nangis punya tapi dia tunggu aku datang, peluk n pujuk baru dia nak nangis. Itupun pastikan aku yang lapkan air mata.


Menjelang En Hubby sampai, aku anak beranak dah macam cerita Hindustan, dua2 menangis.


Malam tu tido berpelukan mak ngan anak, sedih punya pasal.


Ye, aku kena mengaku. Aku jenis mak-mak yang emo. Nak buat macam mana, straight tak tapis2 dapat dari mak aku jugak.


Kan mak? kan???