Monday, March 4, 2013

I emo, you all emo tak?

Last week aku tak berapa sihat. Tetiba datang selsema & batuk yang teruk. Lagi pulak duk dalam aircond straight 8 jam, lagi la teruk. Masa drive tu rasa ok lagi ni.. tahan lagi. Tak main la surender2 tengah2 jalan.


Sampai rumah dgn anak2 dah rasa lagi teruk. Lepas mandi2, dgn tak azan Maghrib lagi masa tu aku g baring jap. Adik dah tertido masa  tu. Aku pun ambik peluang la. Tup, tup tak sampai 10 minit baring, adik dah jaga. Sila ke papa kamu la dik.


Tapi biasa la anak2 ni, nak mama jugak. Bukan la kata mithali sangat. Kakak ok lagi, kalau adik kalau dia boleh bergayut kat aku 24 jam suka hati sangat dah. Kalau sambil tengok TV, dia duk kat pangku sambil nenen, mak aiiiii.. macam dunia aku yang punya lah..


Tak sampai hati pulak nak biar budak2 tu dgn En Hubby sorang, aku pun bangun la layan anak. En Hubby keluar g beli makanan. Bila adik dah nak tertido, kakak dia pulak main tarik puting adik. Aku ni dah la lengkap ngan tak sihat, sakit kepala lagi. Kena marah la apa lagi.


Dia tak nangis. Dia cuma pandang aku, kelip2 mata dengan air mata dah penuh bertakung tapi tahan jangan bagi turun.


Yang turun air hujan lebat, aku.


Marahkan anak, aku yang nangis. Aku tau dah, dia mesti nangis punya tapi dia tunggu aku datang, peluk n pujuk baru dia nak nangis. Itupun pastikan aku yang lapkan air mata.


Menjelang En Hubby sampai, aku anak beranak dah macam cerita Hindustan, dua2 menangis.


Malam tu tido berpelukan mak ngan anak, sedih punya pasal.


Ye, aku kena mengaku. Aku jenis mak-mak yang emo. Nak buat macam mana, straight tak tapis2 dapat dari mak aku jugak.


Kan mak? kan???




No comments:

Post a Comment