Tuesday, April 23, 2013

Bila adik & kakak dah pandai mengemas



Homestay mak kat Serendah memang banyak magazines & story books. Kebanyakkan magazines yang bertimbun tu aku dapat masa kerja kat Karangkraf & beli2 masa anak dara. Itu baru 1 rak. 1 rak ada 3 row. Aku ada 2 rak macam tu. Buku cerita pun macam tu. Itu pun banyak dah 'bahagi harta' ngan Idah.


Adik yang mulakan operasi mengombah.




Bukak majalah NONA. Tak padan ngan kecik.




Kakak pulak join sekali. Mana boleh jadik.

Khusyukkkkk..





Kadang2 tengok adik ni cam seorang yang serius. Aku selalu pegang pipi dia suh dia senyum. 
Serius cam En Hubby (tetiba)




Adik suka cubit orang. Habis tangan, kaki, muka, telinga pun jadik. Ni dia dah start tarik rambut kakak.
Tapi muka masih serius.




My lovely kids.
Anak-anak dari syurga.




Monday, April 22, 2013

Komplen

Dah tak tau apa nak update dh sekarang. Banyak benda yang nak komplen sebenarnya tapi dah letih la buat kerja2 komplen ni.


Benda2 remeh je pun macam:


Sinki penuh ngan pinggan mangkuk n yang tinggalkan bersepah dalam sinki tu adalah ANAK DARA. 
Aku kalau berleter pasal ni seminggu tak habis. Dah la tak basuh pinggan, kerusi tak reti2 nak masukkan bawah meja elok2. Camane kome nak kawin ni. Itu pun tak reti ka??


Aku dah kata kan??? Jgn bagi aku start...


Ada pulak mulut yang lancau mengenakan kawan depan orang lain yang harem ko tak kenal (baru jumpa time training). Boleh pulak ko ngata kawan seopis ko. Bila orang citer kat aku, aku dah macam iskh.. iskh .. iskh.. ape ke publisiti murahan yang ko cuba buat.


Lagi tak best bila


Aku dah berminggu buat kerja membantu menyiapkan doc untuk tax n once dah submit everything tax agent kata 'ain, kalau takda this n that better tak payah hantar'. Aku dalam hati WHAT LA? Kenapa tak dari mula ko cakap macam tu. Pulak tu cakap kat aku, tak mo cakap kat bos. 


Tu la masa2 nya yang aku nak jadik Tok Mudim.



Wednesday, April 17, 2013

Pagi Khamis punya nasihat




Ingatan untuk diri sendiri jugak ni. Lebih2 lagi tang ayat yang last tu. Tipu la kalau kata 'aku bukan jenis yang mengungkit2'. Maklum la kita ni hamba yang lemah. Tapi jangan la sampai korang comply semua di atas.. Itu dah teruk nau kome!!


Yang aku tak paham kenapa ada tulis 'Kuala Kangsar tetap di hati'?? 


Musykil akak...




Thursday, April 11, 2013

Update birthday anak dara ai..

Anak dara is so excited bila aku kata aku belikan kek untuk dia. Bila sampai rumah petang Jumaat tu, masuk rumah terus g bukan peti ais nak tengok kek dia. Sekalik bukan sekadar tengok ok, dia duk bersila atas meja makan sambil jaga kek dia.


Excited nau nak oi.


Puas la aku cakap kang cair la, semut naik la n macam2 lagi. 2 kali jugakla tutup bukak kotak kek. Dah syak dah, the next morning mesti mencarik lagi.


Esok pagi belum apa2 tanya kek dia mana. Padahal aku tengah bersilat kat dapur sediakan breakfast ngan adik yang nak bergayut je kat kaki aku. Sudahnya, aku buat jemput udang, goreng nuget & goreng mee. Ada brownies, kek & goodies yang makcik dia buat. Jemput 'mak' dia n kawan2 kat rumah pengasuh tu meriah la sikit. Lagipun ni first time buat majlis untuk dia.


Bila tau nak potong kek, laju je dia g mandi.

Mandi pulak laju2 sebab 'mak' n kawan2 nak datang.

Boleh la pulak sebenarnya. Kalau tak bersilat nak settlekan dia sorang.


Masa ni sangat berhemah duk kat kerusi ambik gambar. Kek pun dah naik senget dah masa ni. Berebut punya pasal. Kalau aku jadi kek sakit dah kepala...



Siap pakai gelang tangan yang tak tahan tu. As pulak pakaikan lipstik. Nyaris pakai blusher aku, nasib baik tak jumpa berus. Kalau tak 'outstanding' anak aku hari tu....


Baju sponsored by Mak Ngah. Baru la nampak macam anak dara sejati anak aku.

Sila abaikan muka aku yang tak sempat nak touch up dgn bau mee goreng melekat kat baju.
Idah kata aku terlebih over nak tiup2 lilin. 



Rumah aku yang sekangkang kera tapi ini la yang senang sekali. Senang nak berlari.


Lepas hantar 'mak' n kawan2 dia, Alya cakap kat aku,


Alya : Seronok mama.

Aku : Seronok kawan2 datang rumah.

Alya :  Hmmmm... (sambil angguk2 kepala)

Aku : Cakap apa kat mama?

Alya : Tima kasih cik... (sambil senyum2)


'Cik' ye korang. Macam aku ni jiran sebelah rumah yang panggil 'cik'

Cik pun cik la nak oi.. Janji ko bahagia.



Wednesday, April 10, 2013

Alhamdulillah, rezeki di tahun baru

Finally aku dah hand-in my resignation walaupun pada saat terakhir. Sikit punya lama duk bersembang pasal kerja, tinggal 15 minit lagi pukul 6 ptg baru la aku dapat hulurkan surat tu.


Itupun speechless.


Masa bos tanya apa ni, aku senyap tak terkata. Nak terang pun takda idea. Yang bos aku sedikit upset is aku tak datang bincang dulu which is takkan aku datang bincang dengan harapan please la counter aku. Ooo.. aku tak buat kerja2 macam tu. Plus benefit yang aku dapat is soooooooo good and i just can't say no! Dengan gaji yang aku mintak tak nego, alhamdulillah. Syukur nikmat Allah.


Nak kata sedih tak, excited pun tak la sangat. Padahal ku baru 6 bulan kat sini. baru je dapat surat confirmation.


Ye la, kat sini agak fleksible. Masa masuk keluar boleh ejas lagi. Ada pulak kawan2 rewang (baru je establish 2 bulan). Banyak benda yang dah on track.


Yang penting taik tinggal sikit . (nk jugak sebut pasal taik kan?)


At the same time aku wondering macam mana la tempat baru. Meeting new people. Taking new responsibilities. Kalau aku tak meet their expectation macam mana? Bos aku bingung tak?


Tapi yang paling aku tak suka ialah nak adapt dgn tempat baru. Nak makan mana? Nak makan ngan sapa?
Jangan la bos aku tinggalkan aku hendaknya.


Belum apa2 lagi dia dah kol aku semalam tanya boleh tak aku masuk ikut date yang dia nak. Bila aku dah confirmkan terus dia kata 'I sayang you la'


Aku betul2 harap dia ada sedikit kegilaan macam aku jugak. Kurang2 ada geng.


But, despite of all ups & downs here, I will definitely miss them.


Okey, nak sambung kerja. Tinggal sebulan aje lagi ni. Kerja bertimbun nak settle..


Daaa......





Saturday, April 6, 2013

Happy Birthday Darling!!



Today is my girl's birthday. 

Her BIG DAY.




kek untuk anak dara...


HAPPY BIRTHDAY SAYANG


Mama, Papa & Adik love you very much!!!


Nanti ai update gambar makan2 ok..




Thursday, April 4, 2013

NAJIS!!

Seriously pagi ni aku memerlukan MOTIVASI.


Honestly kadang-kadang letih meng'cover' kerja orang. Tak sudah-sudah bersihkan 'taik' orang. Asal selak document jumpa 'taik'. Selak lagi 'taik'. Kawan aku kata dari first dia kenal aku sampai sekarang aku asik 'bersihkan taik' orang aje.


Macam tersurat dah untuk aku.


Nak maki kawan sendiri tak mampu, sebab memang betul pun.


Tak mengaku, hipokrit pulak.


Tak boleh nak elaborate lebih dah. Don't know how to put it into words. .


Yang kali ni najis mughallazoh la kot. Hak dulu-dulu mukhaffafah je.


Demm!!