Thursday, April 11, 2013

Update birthday anak dara ai..

Anak dara is so excited bila aku kata aku belikan kek untuk dia. Bila sampai rumah petang Jumaat tu, masuk rumah terus g bukan peti ais nak tengok kek dia. Sekalik bukan sekadar tengok ok, dia duk bersila atas meja makan sambil jaga kek dia.


Excited nau nak oi.


Puas la aku cakap kang cair la, semut naik la n macam2 lagi. 2 kali jugakla tutup bukak kotak kek. Dah syak dah, the next morning mesti mencarik lagi.


Esok pagi belum apa2 tanya kek dia mana. Padahal aku tengah bersilat kat dapur sediakan breakfast ngan adik yang nak bergayut je kat kaki aku. Sudahnya, aku buat jemput udang, goreng nuget & goreng mee. Ada brownies, kek & goodies yang makcik dia buat. Jemput 'mak' dia n kawan2 kat rumah pengasuh tu meriah la sikit. Lagipun ni first time buat majlis untuk dia.


Bila tau nak potong kek, laju je dia g mandi.

Mandi pulak laju2 sebab 'mak' n kawan2 nak datang.

Boleh la pulak sebenarnya. Kalau tak bersilat nak settlekan dia sorang.


Masa ni sangat berhemah duk kat kerusi ambik gambar. Kek pun dah naik senget dah masa ni. Berebut punya pasal. Kalau aku jadi kek sakit dah kepala...



Siap pakai gelang tangan yang tak tahan tu. As pulak pakaikan lipstik. Nyaris pakai blusher aku, nasib baik tak jumpa berus. Kalau tak 'outstanding' anak aku hari tu....


Baju sponsored by Mak Ngah. Baru la nampak macam anak dara sejati anak aku.

Sila abaikan muka aku yang tak sempat nak touch up dgn bau mee goreng melekat kat baju.
Idah kata aku terlebih over nak tiup2 lilin. 



Rumah aku yang sekangkang kera tapi ini la yang senang sekali. Senang nak berlari.


Lepas hantar 'mak' n kawan2 dia, Alya cakap kat aku,


Alya : Seronok mama.

Aku : Seronok kawan2 datang rumah.

Alya :  Hmmmm... (sambil angguk2 kepala)

Aku : Cakap apa kat mama?

Alya : Tima kasih cik... (sambil senyum2)


'Cik' ye korang. Macam aku ni jiran sebelah rumah yang panggil 'cik'

Cik pun cik la nak oi.. Janji ko bahagia.



1 comment:

  1. Kah Kah Kah! Tima kasih cik..

    adoii berdekah saya gelak kat office ni kak Ain oiii!

    -sabrina ex hexa

    ReplyDelete