Monday, August 26, 2013

Akhirnya!!! Akhirnya!!!

Salam Aidilfitri u ollsss...

Akhirnya aku berjaya jugak update sesuatu sebelum habis Syawal. Masa Ramadhan aku dah berkobar2 nak update sesuatu. Jangan sampai takda langsung. Sekali, sekian terima kasih. Tak sempat nak buat apa2. Aku dah sampai niat nak tutup aje blog, habis citer.

Ramadhan aku agak men'stress'kan jiwa sebab aku pregnant anak no 3. Alhamdulillah tapi tang mabuk masa posa yang aku tak tahan. Masuk aje Ramadhan aku dah mengira hari. Of course la lambat lagi habis nya. Dah la ngan budget yang sat sat tukar. Minggu ni tukar plan, minggu depan tukar benda lain. Sampai satu tahap aku rasa ada tujuhbelas kali lagi dorang nak tukar, so tak payah nak stress2 sangat. 

Kan senang hidup aku kalau set macam tu awal2. 

Sampai ke saat aku duk bercerita ni, aku still syak yang dorang nak tukar lagi budget figure. Padahal bos aku kata ni dah masuk final stage dah ni. Tak patut tukar2 dah. Tapi hati aku dah set, paling kurang sekali lagi kena tukar. 

Dah la dengan takda selera nak makan. Hari2 tanya En Hubby nak makan apa yang sedap. Betul2 aku masak 3 kali je kot masa posa. Masa mabuk ni mana boleh nak bertumis2 bagai. Tak pasal aku jadik lembik. Yang aku nak sangat sampai ke sudah tak dapat ialah AIR TEBU. Yang tak boleh tu la yang almost hari2 aku nyanyikan tepi telinga En Hubby.

Tapi pregnant kali ni tak la mabuk macam mengandungkan Alya. Takla low blood macam mengandungkan adik. Dalam macam tu pun company nak jugak confirmkan aku. 
Syukur alhamdullilah. 

Aku harapkan confirmation je pun, tetiba dapat increment sekali. Bos aku kata yang aku mintak dulu lower dr market price. Sebab tu aku dapat pelarasan kali ni.

Sujud syukur akak weiii...

Nape tak ejas banyak lagi ??? (mula dah tamak haloba)

Dah.. dah.. nak sambung kerja. Take care!!