Friday, September 27, 2013

Mini family gathering

Orang lain dah berpuluh2 entry sementara nak masuk Raya Haji. Aku masih terkial2 nak bercerita. Ada hati nak close terus blog ni. Tapi aku simpankan jugak sebab nak ingatkan balik apa yang aku merempankan setiap tahun.


Sabtu minggu lepas cousin2 aku buat aktiviti berkelah kat Serendah. Elok la sangat sebab aku memang nak ajak Alya ngan adik g main air minggu sebelumnya tu. Konon nak g Lentang, tup tup malam tu hujan. Cancel terus. Kita piknik dalam rumah aje. Bila kata nak pergi Serendah, elok la sesangatnya. Nak pulak makcik aku buat nasi dagang. Fuh!! Kalau tak datang memang menyesal.


Dan seperti biasa, family aku la antara yang terawal sekali. Abah dah pesan hari sebelumnya lagi, 8.30 pg dah kena bertolak. Itu pun lewat gak sikit keluar rumah. Sebabnya adik batuk2 malam sebelum tu, makanya tak lenala anak dara tu tido. Duk berguling2 habis kawasan depan TV mak aku dia pusing. Last2 buatkan susu panas, lena sampai pagi. Aku tido balik pukul 5pg. By the time Subuh mak aku kejutkan dah rasa cam tak boleh nak angkat mata mengantuk sesangat.





Sessi makan

Serius nau...


Ntah apa yang serius sangat. Nak kata abah aku bagi tazkirah kat air terjun tak jugak......





My anak dara n aiskrimnya. Sejuk2 pun mintak aiskrim...

Adik suka sangat la ngan baby. Baby tu anak cousin aku. Kejap2 cium.


Adik kuat betul makan sekarang. Jap2 nak keropok. Semalam tengok kakak minum Vitagen, dia nak jugak. Dah habis airnya, aku ambik la bekas tu buang dalam tok sampah. Meniarap kawan tu merajuk.



Air terjun yang takla sebesar mana pun. Tapi aku memang takkan ke Templer Park dah la. Ni dah dekat ngan rumah..

Dinner malam tu. Dah tak lalu nak makan nasi sebab pagi n tengahari tu mengadap nasi dagang. Tapi yang ni pun semangkuk aku habiskan.

Gambar2 cousins yang lain aku dah tak sempat nak snap. Makanan pun betul2 snap gambar nasi dagang aje. Padahal makanan banyak. Next family gathering insya allah kat Terengganu. Can't wait!!

No comments:

Post a Comment