Wednesday, November 20, 2013

Ikut sapa la nak oii

Macam sangat senang hati 3 hari berturut2 ada entry kan. Sebenarnya bos takda. Tu yang free sikit. Hohohoho..

Yang benornya, sebab dah nak hujung tahun banyak yang dah settle. Maka adala masa nak update. Itupun plan untuk tahun depan aku dah start buat tahun ni. Aku ada Jan and Feb je. Mac dah nak bersalin, tak hingin nak buat kerja ofis lagi dah. Bila masuk ofis May nanti start lagi budget. Nan ado aku menghupdate blog.

Sebelum aku nak cerita pasal anak dara aku, nak pesan2 sikit kat orang yang nak tempah homestay. Jgn takut bila aku memaki dalam blog semalam. Aku maki kat orang yang buat salah. Yang tak buat salah tak bersebab aku nak memaki. Buang tebiat namanya. Kitorang baik, dont worry (biarla aku puji diri sendiri)

Aku nak share gambar anak dara aku yang suka nau merajuk. Sikit2 merajuk. Ntah dapat dari sapa pun tak taula. Bila mak (pengasuh budak2 ni) tanya kat Alya sapa ajar adik merajuk, selamba aje dia kata MAMA.

Sikit ko tak tapis nak oiiii....

Tapi En Hubby kata memang aku kuat merajuk. Sekarang jatuh kat anak. Aku yang letih melayan.





Gambar ni mak dia yang hantar kat aku. Ngan rambut tak berikat, moncong mulut..... Bukan main lagi ko merajuk dik...




Ni masa Ahad baru ni. Aku duk buat kerja kat luar. Dia panggil banyak kali nak ikut aku tak bagi. Bila aku masuk dia pusing dari satu bilik ke satu bilik. Merajuk sangat. Last2 duk balik langsir. Bila aku nak ambik tu yang menangis. Berasa hati sangat laaaaaaa.....

Tengahari tu memang duk melayan dia je la. Tido pun berpeluk. Sedih nau hati dia...

Tapi bila tanya sayang ke tak mama, asik geleng kepala....







Homestay : Budi bahasa tolong elok2 sikit!!

Dah lama aku tak memaki dalam blog kan? Sebabnya tak sempat. Kadang2 malas dah nak cakap. Selebihnya baik aku diam.

Tapi yang ni sebab orang tak reti nak cakap elok2 ngan MAK aku. Korang cakap lebih kurang ngan aku ok lagi. Tapi bila kena kat MAK ABAH aku, memang kesilapan besar yang korang buat.


Citer dia cam ni. Ada la orang dari Kelantan ni booking homestay kat Serendah tu. Dia kata dia gerak pukul 2 pagi, so sampai KL dah tentu2 tak pukul 2 ptg lagi. Masuk rumah patutnya pukul 2 kan.


Tapi kitorang ni baik. Ulang suara, BAIK hokey.


Tak la ikut sebijik sejebon cam hotel. Ko sampai tak pukul 11 lagi family aku bagi masuk rumah. Nama pun ko sampai awal, apa ko ingat tuan rumah kena tunggu ko dr pagi nak sambut??? Ko sampai awal ko tunggu la jap. Ni marah2 sebab ko sampai tuan rumah takda lagi. Tak reti pulak nak cakap baik2 tu. Mana ko letak muka ko masa masuk rumah aku pukul 11 pagi??


Boleh dia cakap kat mak aku " Rumah je cantik tapi budi bahasa hancur."


Binawe betul la ko. Alang aku takda di tempat kejadian, kalau tak aku suh keluar dr rumah. Jgn ingat aku tak buat. Aku kalau dah marah macam celaka jugak perangai. Ko buat kurang hajar, aku balas balik.


Macam tu pun mak abah aku tak menjawab. Dah tu dalam ramai2 orang kat situ, hanya sorang je yang reti salam mak aku. Yang lain, punah habis budi bahasa.


Aku pelik, tuan rumah sapa sekarang? Mak aku ke korang? Dah korang buat perangai macam tu esok tghari pukul 12 lebih family aku dah kat sana tunggu kunci for checkout. Mak aku siap britau suh tengok dulu kalau2 ada barang yang tertinggal.


Boleh dia jawab balik suh mak aku yang tengok2 kan kalau ada barang2 dalam rumah yang dorang ambik bawak balik. Nada mengejek ok.


Series aku tak paham mentaliti orang Kelantan apakan ini. Aku tak kata semua orang Kelantan tapi semua anak beranak dia buat perangai macam tu. Malang betul korang anak beranak. Korang memang kena block la lepas ni.


Orang yang nak masuk rumah lepas ni aku suh strict kul 2 baru masuk. NO MATTER WHAT. Kalau perangai semenggah ikut budi bicara family aku la nak bagi checkout lambat ke, nak kurangkan bayaran ke.


Tolong buat reti sikit, masuk pukul 2 ptg, keluar pukul 12 tghari.


Aku dah muak dah ngan perangai orang yang lebih2 kurang ngan family aku.


* untuk pertanyaan homestay/booking please call aku 0123320725 atau idah 0122850346 sahaja...


Tuesday, November 19, 2013

Asik2 kek princess

Sejak2 aku belikan kek princess untuk Alya masa bithday dia yang ke 3 dulu, setiap bulan dia mintak kek princess. Dari satu minggu jadi sebulan. Sebulan jadik beberapa bulan. Mama dia tak larat dah nak berjanji. Masa bithday aku bulan 6 tu dia dapat jugak kek. Tapi letak gambar upin ipin. Mama dia terpaksa redho potong jugakla kek upin ipin.


Pastu bila balik kuantan masa buat kenduri doa selamat, makcik dia dah belikan rainbow kek, letak gambar princess. Setahun berapa kali sambut birthday anak aku ni....


Balik kuantan 3 minggu lepas kot, aku order rainbow kek lagi. Macam biasa kena ada gambar princess la kan. Siap letak nama dua beradik ni. Dah macam tak sabor2 dah nak potong kek.





Kek pun tak sempat2 nak letak elok2. Baik snap dulu sebelum kena potong.




Adik akhirnya berjaya jugak capai aising tu sebelum aku suh posing



Alya tak sempat2 dah....




Tak sabar dah......




Akhirnya, selamat kek dipotong. Lepas tu En Hubby ada letak lilin nak suh tiup ramai2. Ada la 3 kali tiup lilin. Lepas tu gambar princess bahagi 2, satu Alya satu Amira (cousin dia). Kek orang lain yang makan.

Lain kali kita order gambar princess je. Rabak mama tiap2 bulan nak kek....

Thursday, November 7, 2013

New rate dong!!!

Oleh kerana ada orang yang bertanya pasal homestay kat serendah, maka meh la aku betulkan rate untuk homestay ni ye. Harap maklumla dik, akak sibuk ngan kerja opis, update blog pun sebulan sekali ini la jadinya. Itu pun rumah tu dah transform jadi yang lebih baik. Akak ni ha je yang tak update2 gambar. Tengok la minggu depan ke, akak update gambar baru.

Rate baru untuk 1 malam dan malam2 seterusnya ialah RM250. Yang berderet homestay kat jalan tu semua pakai rate yang sama. Ini namanya sepakat membawa berkat. Hahahaha.. Cuma kalau korang ambik banyak hari dan bermulut manis sila2 la nego ngan bonda akak hokey. Kalau setakat ambik semalam 2 nak nego, akak dah pesan jangan ngade... Hehehehe....

Okla. Akak ada dateline. Ni menghupdate pun kerana terpaksa. Cheers!!!