Tuesday, November 19, 2013

Asik2 kek princess

Sejak2 aku belikan kek princess untuk Alya masa bithday dia yang ke 3 dulu, setiap bulan dia mintak kek princess. Dari satu minggu jadi sebulan. Sebulan jadik beberapa bulan. Mama dia tak larat dah nak berjanji. Masa bithday aku bulan 6 tu dia dapat jugak kek. Tapi letak gambar upin ipin. Mama dia terpaksa redho potong jugakla kek upin ipin.


Pastu bila balik kuantan masa buat kenduri doa selamat, makcik dia dah belikan rainbow kek, letak gambar princess. Setahun berapa kali sambut birthday anak aku ni....


Balik kuantan 3 minggu lepas kot, aku order rainbow kek lagi. Macam biasa kena ada gambar princess la kan. Siap letak nama dua beradik ni. Dah macam tak sabor2 dah nak potong kek.





Kek pun tak sempat2 nak letak elok2. Baik snap dulu sebelum kena potong.




Adik akhirnya berjaya jugak capai aising tu sebelum aku suh posing



Alya tak sempat2 dah....




Tak sabar dah......




Akhirnya, selamat kek dipotong. Lepas tu En Hubby ada letak lilin nak suh tiup ramai2. Ada la 3 kali tiup lilin. Lepas tu gambar princess bahagi 2, satu Alya satu Amira (cousin dia). Kek orang lain yang makan.

Lain kali kita order gambar princess je. Rabak mama tiap2 bulan nak kek....

No comments:

Post a Comment