Wednesday, November 20, 2013

Ikut sapa la nak oii

Macam sangat senang hati 3 hari berturut2 ada entry kan. Sebenarnya bos takda. Tu yang free sikit. Hohohoho..

Yang benornya, sebab dah nak hujung tahun banyak yang dah settle. Maka adala masa nak update. Itupun plan untuk tahun depan aku dah start buat tahun ni. Aku ada Jan and Feb je. Mac dah nak bersalin, tak hingin nak buat kerja ofis lagi dah. Bila masuk ofis May nanti start lagi budget. Nan ado aku menghupdate blog.

Sebelum aku nak cerita pasal anak dara aku, nak pesan2 sikit kat orang yang nak tempah homestay. Jgn takut bila aku memaki dalam blog semalam. Aku maki kat orang yang buat salah. Yang tak buat salah tak bersebab aku nak memaki. Buang tebiat namanya. Kitorang baik, dont worry (biarla aku puji diri sendiri)

Aku nak share gambar anak dara aku yang suka nau merajuk. Sikit2 merajuk. Ntah dapat dari sapa pun tak taula. Bila mak (pengasuh budak2 ni) tanya kat Alya sapa ajar adik merajuk, selamba aje dia kata MAMA.

Sikit ko tak tapis nak oiiii....

Tapi En Hubby kata memang aku kuat merajuk. Sekarang jatuh kat anak. Aku yang letih melayan.





Gambar ni mak dia yang hantar kat aku. Ngan rambut tak berikat, moncong mulut..... Bukan main lagi ko merajuk dik...




Ni masa Ahad baru ni. Aku duk buat kerja kat luar. Dia panggil banyak kali nak ikut aku tak bagi. Bila aku masuk dia pusing dari satu bilik ke satu bilik. Merajuk sangat. Last2 duk balik langsir. Bila aku nak ambik tu yang menangis. Berasa hati sangat laaaaaaa.....

Tengahari tu memang duk melayan dia je la. Tido pun berpeluk. Sedih nau hati dia...

Tapi bila tanya sayang ke tak mama, asik geleng kepala....







No comments:

Post a Comment