Friday, December 27, 2013

Buatla homework sikit...

Sungguh la aku tak paham budak2 zaman sekarang ni. Nak carik kerja tak bersungguh berusaha. Aku yang mendengar head aku mencarik budak nak kerja pun boleh stress  dibuatnya.


Position tak la berat mana pun. Accounts assistant je pon. Tapi la orang2 yang menghantar resume ni bila kita call n tanya pasal company, memang tidakla buat research dulu. Makanya dah tentu2 ko tak clear tentang apakah yang company tu buat.


Pulak tu JD pun tak baca. Main sebat click  apply ajer. Boleh assume pulak 'Ala, accounts assistant je pun. mesti report pada Finance Manager. Buat AP and AR'. Hello dik, masalahnya position ni tak sentuh langsung AP and AR tau. Konpiden nau korng menjawab.


Ada pulak yang duk mention pasal nak gaji yang lebih tinggi. Berterus terangnya korang ni laaaa.. Bukan sikit2 nak naik pulak tu. Aku time mintak kerja kat company sekarang sikit punya cuak ntah ok ke tidak letak gaji banyak tu. Itu pun mintak advise agent dulu baru la berani letak dalam resume. Bila dah confirm jawatan company bagi kenaikan pasal aku mintak bawah market value.


Moralenya, baca la sikit pasal company yang korang apply, apa JD position tu and agak2 la masa mintak gaji tinggi. Agak2 ko kerja excellent and proven boleh la dik oi.. Tapi kalau phone interview pun tak lepas camno nak tolong???


No comments:

Post a Comment