Friday, December 13, 2013

My away day became their away day too....

Hati sangat bahagia nak update blog selepas makan Prosperity Burger. Padahal kata takda selera. Takda selera makan prosperity burger, kalau ada selera????


Jangan bayangkan. Tapi hari ni boleh makan banyak sikit sebab turun 1 kg. 1 kg je pun tapi nak gebang sampai dalam blog sebab perempuan preggy memang macam tu. Hover kan??


Weekend baru ni, aku ada division away day plus team building. Jumaat lagi dah kena g Sunway Hotel & Spa Resort for in door activities. Tapi tidonya kat Sunway Pyramid Hotel. Mainnya kat Sunway Lagoon. Habis tempat muka kitorang je. Pagi tu ada briefing sikit, knowledge sharing and something like motivation sikit la.







Group for team building



Sessi mendirikan rig pakai kertas suratkhabar dan selotape je. Sikit punya riuh. Rig group aku sikit punya kecik tapi tinggi mai ai.... Tak sempat nak snap sebab orang dah menjerit2 masa nak habis.



US!! Aku  yang duk sebelah banner. Motip duk sebelah banner... SEBAB PERUT BESAR DAH


Lepas makan2 kat restaurant dalam hotel harusla g shopping kat Sunway Pyramid. Aku ni kalau anak2 takda, kaki ringan sungguh nak pergi shopping. Within 1 hour dalam grab 3 baju pregnant and 1 skirt. Sikit punya mudah shopping kali ni. sebab semua duk setempat.... (alasannn..) Lepas shopping, g solat sat pastu sambung team building sampai 4.30 ptg. Habis je program terus masuk bilik n calling2 En Hubby britau no bilik segala...



 




Oooo.. yang atas katil tu hasil rembatan. Mak buyung tak sabar2 nak test baju...


Malam tu ada makan2 kat Sunway Hotel and Spa. Tapi tak sempat nak snap gambar sebab adik sangat pemalu and Alya sibuk nak mandi dalam swimming pool. Itu pun tak tunggu sampai habis event sebab tak daya dah.


Second day, activity masuk air. Aku tak join tele match so boleh bawak anak2 main air awal sikit.... Itu pun aku rasa dah hazab sebab budak2 ni memang sangat menggilai air. Lontaran suara aku dah tinggi betul kat tengah2 air tu. Nasib baik hujan nak turun tghari tu, kalau tak harus sampai Sunway Lagoon tutup baru nak keluar...


Sempat capture gambar adik aje. Alya ngan En Hubby duk main lompat2 (ntah hape ke benda nama aku pun tak ingat dah). Tapi masuk je dalam kete dua2 tido. Ngan aku2 sekali....:)


Yang ni nampaknya main air yang terakhir sebelum bersalin. Tak daya dah wei nak bawak budak2 ni lagi. Boleh cramp kaki aku.


No comments:

Post a Comment