Thursday, September 25, 2014

I is stress

Mukaddimah : Aku pregnant 3 bulan dah. Alhamdulillah


Tapi...


Stress 1, pasal company budget yang tak sudah2 nak tukar slide. Padahal minor je. Contohnya, arrow tu kena duh tengah2 lagi. Panjangkan sikit. Or, eh eh tak boleh duk centre ayat tu. Semua kena ke tepi. Tambah noktah. Baru professional. Which is aku mencarik tang manakah professional itu? Dengan menolak satu perkataan ke para lain dan align kena ke tepi? Memang kena maki hokey. Lama2 ginilah, nah ambik presentation slide ni g ejas sendirik. Ko cc la berapa orang sekalipun nak menunjukkan ko buat keje, dipersilakan. Seriusly, hambikla haku tak kesah dah....


Stress 2, Humaira br 7 bulan aku pregnant 3 bulan. ok yang ni silap sendirik sebab dah duk depan klinik nak ambik protection kekdahnya. Lepas tu tak masuk klinik lagi rasa hish penatlah, kemudian la g. Pastu eh eh mama lupa nak g ambik duit esok aje la. Sekalik nah kau. Lekat. Aku pakat nangis keluar dr klinik sampai En Hubby tghari tu jugak balik dr Kuantan lepas dengar wife dia dah nangis2 kat KL.


Stress 3, penimbang kat ofis sangatla tak bekerjasama. Asal naik atas penimbang nombor makin bertambah. Esoknya naik, tambah lagi. ada rasa cam nak hempas balik penimbang tu. Kalau bukan harta opis, aku hantar masuk stor dah. Dahla digital, makanya nombor pun up to 1 decimal no. Rasa cam hoi hoi bagi can sikit bolehkah? Ini baru 3 bulan dah nak capai berat last aku deliver Humaira. Takkan nak suh aku posa kot.


So tajuk aku 'I is stress' sangat sesuai kan???


SESUAI SANGAT U OOOLLSSSS


No comments:

Post a Comment