Friday, October 31, 2014

Bila bergambar dengan anak-anak, ini lah jadinya

Salam semua.

2 minggu lepas aku attend kenduri kawen cousin aku kat masjid Uniten. Aku tak tau dah ni kenduri yang keberapa. Maklum cousins ramai nau. Kalau dah belah abah ada 9 org adik beradik, belah mak 8 orang, kumpul semua cousins ada 100 kot.


Alya ngan Safiyya dah sibuk2 nak pakai baju kurung dari pagi lagi. Siap kena gosok lagi. Rambut nak kena cantik2 tocang 2. Tocang 1 tak nak. Tak cantik katanya. Pengsan...


Sampai sana yang mula2 dorang tengok dulu as usual pelamin ngan hantaran. Suka sangat la dengan majlis kawen budak2 ni. Masa mengandungkan dorang aku tak pedulik ngan pelamin, pengantin lagi la tak heran. Aku sibuk mengesahkan lauk pauk. Pantang mak abah dapat jemputan, aku tak malu2 bersiap nak ikut sekali.






Budak berdua ni bila datang mood berkasih sayang, bukan main rapat lagi. 



 
 
Kadar ketembaman pada kadar yang sama dari mama dan anak-anak




 
Posing yang cam lain sikit.... Ok???



 
 
 
Buah hati intan payung gunung meletop....
 
 
 
Minggu lepas Safiyya dapat satu set (demam, batuk, selsema). Padahal lama dah budak2 ni tak sakit. Tak lalu makan beberapa hari, terus kempis pipi ngan perut. Kesian pulak aku tengok. Tapi comeila, sebab ramping sikit.