Monday, November 10, 2014

OMG rimas ok..

Masa muda2 dulu (read:belum kawen) mmg dah terbiasa terlajak concern kat adik2. Lagi2 adik bongsu. Kang kalau dia call tanya dah makan ke belum. Ada problem ke tak. Ada orang buli ke tak. Tiap2 kali tepon gitu la pon soalan nya.


Pon bila mula2 kawen, kalau boleh hari2 nak tanya hubby dah makan ke lom. Hari ni buat apa.


Tapi lama2 bila dah beranak 3 ni, rasa cam rimas pulak bila hari2 tanya soalan yang sama or orang lain tanya soalan yang boleh aku categorikan as 'TERLAJAK CONCERN'


Pregnant kali ni lagi la hokey.... aku ada bos yang sangat concern sampai nak ke mana2 nak tunggu sekali. Kalau masuk meeting tak makan bfast lagi, dia tolong ambik kan makanan. Kalau aku takda kawan nak lunch dia tanya nak temankan ke tak...


Oh please la..


To be honest, AKU RIMAS. Aku dah besar kot, boleh buat sendiri. Tak perlu la sampai makan nak berteman2 bagai. Ingat apa sekolah tadika ko??? Nak kata geram tak. Nak sound bos sendiri, takkan kot.


Sudahnya aku avoiding bos sendiri.


Guane ni???