Wednesday, December 17, 2014

Malaysian, please be more sensitive..

Semalam first time dalam masa 2 tahun duk berulang ke office, aku sound orang.


 
 
Masa sampai kat stesen Wangsa Maju, adalah sorang pregnant lady ni which aku rasa dia dah dalam 8 bulan macam tu berdiri betul2 antara aku ngan mamat sebelah aku ni. It was so obvious, bila pregnant lady ni duk tercegat kat depan dia, boleh mamat ni bukak handphone dan main CANDY CRUSH.
 
 
Korang macam suspicious eh eh macam mana pulak aku tau kan.
 
 
Aku jengah sikit tengok apa yang dia buat (do i care??) dan dengan selamba aku cakap kuat sikit
 
 
CAN YOU GIVE YOUR SEAT TO THIS PREGNANT LADY??
 
 
Dia dengan oh oh (seolah2 ko tak nampak pregnant lady tu) terus berdiri sambil sambung main.
 
 
Good!!! Main la CANDY CRUSH sambil berdiri ye...
 
 
Tolong la Malaysian, be more sensitive. Kalau hari ni ko buat kat orang, tak mustahil esok lusa jadi kat bini ko atau adik beradik ko. How do you feel?
 
 
This is very frustrating and irritating at the same time.
 
 
Kata rakyat Malaysia prihatin, ini la masanya!!

 

Friday, December 12, 2014

Manisnya Cinta Di Cappadocia : Shaheizy Sam and Fazura are so suwitttttt.....

 One of my officemate is celebrating her birthday today. So it's kinda gathering together plus supporting others to watch this movie.


Hohoho... yang di atas tu alasan semata2.


Honestly, I just cant wait to watch this movie simply because Shaheizy Sam ni. Plus si cantik manis Fazura ni pun nampak so adorable. Dan, ingat senang ke budak2 ni tetiba nak ajak tengok citer Melayu kalau tak comel2 begini.





 



 
 
Comel kan dorang ni
 




 
Mak oi... Mestikah anda buat muka sweet macam ni???


Actually banyak sangat adegan yang sgt comel dan kelakar. Boleh cuci2 mata tgk Turki sekali. Pastu eh tetiba kat tengah2 citer ada adegan sedih. Yang pasti ending dia sangat comel.


Seriously, aku rasa berbaloi membayar sebab bila keluar wayang tu rasa mcm feel good. Plus our PPA dh selamat dibentangkan semalam. Macam meraikan pun ada. Nak tunggu good news pulak insya allah...

 
 

 

Thursday, December 11, 2014

Uisshhhhh.... Turun sikit tangan tu kak, nampak keti...

Selamat bercuti kat orang Selangor.

Ni kalau Sultan Selangor tau aku keje, mesti murka. Sebab anak jati Selangor tu. Anak Yayasan Selangor lagi.

Patutla masa drive ke LRT jalan lengang.

Naik LRT tak penuh sampai mencium cermin.

Paling tidak dah berlaga punggung dalam LRT.

Dapat la duduk dengan selamatnya. Tak payah berebut2. Siap boleh lenggang kangkung lagi.

Tengah2 scroll tepon tetiba ramai orang masuk LRT. Aku angkat muka tengok orang kejap. Mana tau ada pregnant lady yang lagi sarat dari aku, nak bagi la duduk. Sekalik, ada sorang Chinese woman (muda tak berapa nak muda, nak kata tua tak jugak) tengah pegang handle kat atas kepala dia.

Apa yang aku nampak?


Keti** yang hitam.

It is so obvious sampai aku yang rabun ni boleh jelas nampak.


Aku sampai tak boleh nak angkat muka dah tengok minah ni sebab takkan ko tak perasan kot. dah la baju lengan pendek yg sangat pendek. Barang banyak pulak dia pegang. Aku nak suruh dia duduk takkan la kan. Bukan pregnant.


Lama2 ikut ko la.


At least pakai la baju yang lengannya panjang sikit. Berkerak sangat kot.....


Aish...... terbayang dah....



 

Friday, December 5, 2014

Masak entry : Bila mama rajin

Mcm mengada2 sangat tajuk entry, padahal ini semua kes nak menghabiskan bahan dalam peti.


Alkisah semalam Humaira demam panas. So memang dah plan awak2 nak ambik half day. Kang dia merengek nak berdukung je payah pulak mak dia nak buat keje rumah. Aku pagi2 lagi dah plan apa nak masak since En Hubby pun plan nak balik kg lama sikit mggu depan.

Dah lepas mandi and tidokan Humaira bermula la operasi di dapur and tadaaa.....


 


Lauk semalam bertajuk ayam goreng, kurma ayam. daging black pepper dah telur asin.


Dah siap masak semua check2 la Humaira dah ok ke belum, sekalik badan dia panas lagi. Tak boleh jadi ni, kita sambung sekerat hari lagi cuti. En Hubby pun kata u tak payah g keje la hari ni. Tanpa berlengah i kata ok (muahahahaha.. ini namanya mood akhir tahun)


Pulak lepas tu anak2 kat rumah maknya nak balik. So harusla sediakan minum petang. So juadah minum petang adalah... ROTI TELUR SUMBAT SOSEJ


Ni pon nak tulis resepi kah??? Gila senang.

Roti
Sos cili
Sosej
Telur
Marjerin


Cara2 : Sosej tu goreng dulu and belah 4 atau 3 (sebab nak bagi anak makan kena potong kecik sikit). Pastu roti potong 2 and sapu sos cili atas roti. Golekkan sosej dalam roti pastu golek sekali lagi dalam telur. taruk mentega sikit and goreng. Dah siap.


 
imej google sbb tak smpt dah nak snap gambar

Daaaa....




Wednesday, December 3, 2014

Sg Klah Hot Spring : Dah adhoc vacation kekdahnya

Aku kan nak buat apa2 mesti kena plan awal2. Kalau buat kerja terkejut2 ni memang la banyak benda yang tak kena.


Last weekend, masa tengah sibuk buat breakfast nasi lemak En Hubby tanya nak g jalan mana hari ni. Aku macam eh ya benar ni.... Cuaca molek nau terang kat luar tapi bertanya masa aku tengah sibuk ni alamatnya lambat la aku respon kan. Yang terlintas dalam kepala moh la g mandi air terjun. Alang2 aku dah buat nasi lemak lauk sardin siap ayam goreng bagai bahagia ni kalau main air.


En Hubby pulak taknak.


Dia nak yang kekdahnya boleh bermalam sekali. Sudahnya aku kata tolong carik. Aku duk mikir nak kemas baju, nak pack makanan. Anak tak mandi lagi. Baju nak sidai lagi. aiyo.... memang tak boleh nak harapkan aku google la kan.


Nak tau sudahnya ke mana kitorang?????


image google

image google

image google


TAPI..... Hotel dia memang fully booked. Lagi2 masa cuti sekolah ni. Dah meraban pulak kitorang mencarik homestay. Dengan harapan homestay biarlah semenggah, sekalikkkkk hampeh. Memang sekali tu je la aku ambik homestay tu. Dengan bilik yang tak bersapu ngan bilik air kotor. Takpe lagi, sekalik ASTRO tak boleh bukak sebab tak bayar, boleh tak? Habis kitorang nak buat apa kat rumah ni. Baik aku ambik hotel budget. Dah tentu tak sakit hati membayar. Bantal dia kira kita tepuk2 takda efek gebu, keras gila. Habis semua bantal korang tau tak. sakit nau hati aku. Nasib baik la memang kitorang bawak bantal 3 bijik. Tapi semua dapat ke anak2 la for sure.


Pagi esok tu kul 9.30pagi aku dah keluar g terus tempat mandi.



Mintak maap ye. Kita bagi laluan kat tuan tanah untuk bergambar dulu. Rasanya last ambik gambar macam ni masa raya. Raya tau u ollssss....
 
 
Sila abaikan kegedikkan itu. Idah cakap ape ke gedik nau ko long....
 
Takpe.. takpe...





Hambik kau. Gambar jelir lidah yang  aku upload dalam blog.
 
Muahahahaha......
 
 
Muahahahahaha........




Hentian kitorang yang pertama kat kolam air panas. Korang nampak kan gambar sapa yang aku snap?
 
 
Teka sendiri la..




Maira masa ni baru sangat bangun tido. Muka monyok lagi. Sekalik kakak dia datang tegur baru la nak senyum....




Series mahal gambar ni. Kalau time baik, baik nau.
 
 
Time dia bergaduh rasa cam please sorang duk kutub utara, sorang duk kutub selatan.
 
 
Pening kepala mama tau..





 
Semangat anak dara aku ni kan???
 
 



Cantik nau tudung makcik ko masuk air dik...



 
Akhirnya aku sempat snap gambar kat hot water je. kat tempat yang boleh terjun2 tu tak berkesempatan. Semua sibuk terjun dalam air. Kang aku terkial2 nak snap gambar dgn nak jaga Humaira lagi memang tidak la kan.
 
 
Tapi aku nak rekemen kalau korang nak ke sini tempah hotel je kat Sg Klah Hotspring Resort tu. Senang nak makan. Sebab makanan kat luar honestly tak berapa nak sedap. (jujur nau kan???)
 
 
Adios!!