Wednesday, December 3, 2014

Sg Klah Hot Spring : Dah adhoc vacation kekdahnya

Aku kan nak buat apa2 mesti kena plan awal2. Kalau buat kerja terkejut2 ni memang la banyak benda yang tak kena.


Last weekend, masa tengah sibuk buat breakfast nasi lemak En Hubby tanya nak g jalan mana hari ni. Aku macam eh ya benar ni.... Cuaca molek nau terang kat luar tapi bertanya masa aku tengah sibuk ni alamatnya lambat la aku respon kan. Yang terlintas dalam kepala moh la g mandi air terjun. Alang2 aku dah buat nasi lemak lauk sardin siap ayam goreng bagai bahagia ni kalau main air.


En Hubby pulak taknak.


Dia nak yang kekdahnya boleh bermalam sekali. Sudahnya aku kata tolong carik. Aku duk mikir nak kemas baju, nak pack makanan. Anak tak mandi lagi. Baju nak sidai lagi. aiyo.... memang tak boleh nak harapkan aku google la kan.


Nak tau sudahnya ke mana kitorang?????


image google

image google

image google


TAPI..... Hotel dia memang fully booked. Lagi2 masa cuti sekolah ni. Dah meraban pulak kitorang mencarik homestay. Dengan harapan homestay biarlah semenggah, sekalikkkkk hampeh. Memang sekali tu je la aku ambik homestay tu. Dengan bilik yang tak bersapu ngan bilik air kotor. Takpe lagi, sekalik ASTRO tak boleh bukak sebab tak bayar, boleh tak? Habis kitorang nak buat apa kat rumah ni. Baik aku ambik hotel budget. Dah tentu tak sakit hati membayar. Bantal dia kira kita tepuk2 takda efek gebu, keras gila. Habis semua bantal korang tau tak. sakit nau hati aku. Nasib baik la memang kitorang bawak bantal 3 bijik. Tapi semua dapat ke anak2 la for sure.


Pagi esok tu kul 9.30pagi aku dah keluar g terus tempat mandi.



Mintak maap ye. Kita bagi laluan kat tuan tanah untuk bergambar dulu. Rasanya last ambik gambar macam ni masa raya. Raya tau u ollssss....
 
 
Sila abaikan kegedikkan itu. Idah cakap ape ke gedik nau ko long....
 
Takpe.. takpe...





Hambik kau. Gambar jelir lidah yang  aku upload dalam blog.
 
Muahahahaha......
 
 
Muahahahahaha........




Hentian kitorang yang pertama kat kolam air panas. Korang nampak kan gambar sapa yang aku snap?
 
 
Teka sendiri la..




Maira masa ni baru sangat bangun tido. Muka monyok lagi. Sekalik kakak dia datang tegur baru la nak senyum....




Series mahal gambar ni. Kalau time baik, baik nau.
 
 
Time dia bergaduh rasa cam please sorang duk kutub utara, sorang duk kutub selatan.
 
 
Pening kepala mama tau..





 
Semangat anak dara aku ni kan???
 
 



Cantik nau tudung makcik ko masuk air dik...



 
Akhirnya aku sempat snap gambar kat hot water je. kat tempat yang boleh terjun2 tu tak berkesempatan. Semua sibuk terjun dalam air. Kang aku terkial2 nak snap gambar dgn nak jaga Humaira lagi memang tidak la kan.
 
 
Tapi aku nak rekemen kalau korang nak ke sini tempah hotel je kat Sg Klah Hotspring Resort tu. Senang nak makan. Sebab makanan kat luar honestly tak berapa nak sedap. (jujur nau kan???)
 
 
Adios!!

 

No comments:

Post a Comment