Friday, January 30, 2015

It's Friday u ollssss... Renungan Jumaat kekdahnya

Jika anda merasa down dan kecewa...
Cuba baca dan renungkan..


Biar orang tak puji
Asalkan Allah mengetahui

Biarlah tak naik pangkat
Asalkan hasilnya berkat

Biarlah gaji tak naik
Asalkan dah buat yang terbaik

Biarlah kerja teruk
Asalkan peribadi tak buruk

Biarlah rumah kecil
Asalkan anak tak degil

Biarlah kereta lama
Asalkan dapat bersama-sama

Biarlah belum kaya
Asalkan hidup bahagia

Biarlah pasangan garang
Asalkan dia sayang

Biarlah tak kurus
Asalkan hati lurus

Biarlah tak cantik
Asalkan diri menarik

Biarlah tak hansome
Asalkan peribadi awesome

Biarkan segalanya, bukan bermakna putus asa
Biarkan segalanya, setelah beri semuanya


 

Thursday, January 29, 2015

Muhasabah diri

Salam semua. Semoga hari ni lebih baik dr semalam. Insya Allah


2 minggu ni rasa macam fully occupied sangat. Dengan anak yang macam2 ragam dan abah yang accident kat rumah and admitted kat hospital. Emosi yang huru hara (termasuk teka teki bonus berapa bulan, yang ni paling sakit jiwa menanti)


Masa abah masuk hospital tu (government hospital ye) aku cakap kat Idah, kenapa la selalu jadik macam ni masa along tengah berat. Teruk pulak tu. Fracture kat bahu kiri and cedera kat kaki kanan. dah la ada mild diabetes and high blood. Masa pregnant Safiyya, mak buat bypass. Masa pregnant Humaira aku mengadap bosses yg cerewet sgt kat ofis (elok pulak tahun lepas perangainya). Pregnant yang ni abah pulak. Frust sebab pergerakan terbatas dan tak boleh nak tolong sangat sebab kena sedar diri. Cuti pulak dah habissssssss... lagi stress...


Tapi Allah ganti dengan berita baik yang lain untuk kami suami isteri. Mr Hubby dengan kerja dia and myself dengan increament yg kononnya nak reward diri sendiri dulu but at last anak2 jugak yang dapat. Mcm tau2 aje mama dia dapat rezeki lebih. Elok jugak, duit bonus mama simpan diam2 please jgn pau mama lagi. Dapat la belikan supplement untuk abah punya recovery.


Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..


Tuesday, January 27, 2015

Update anak dan eh eh mama pon ada....



Cinonet yg nak masuk setahun.



Mama interframe ye nak......

Moh sorokkan ketembunan dan kelapisan dagu di sebalik anak. 


Friday, January 9, 2015

Babywearing : I am so addicted..

Salam sayang semua....

Mood tak berapa nak ok this week. Lagi pulak dah masuk 7 bulan ni ngan sakit2 badan macam buat kerja berat. Few things came out kat ofis. Aduhai, dugaan awal tahun gamaknya.


Tapi overall alhamdulillah, I managed to complete all my core task at work. Dapat rating comei2, semuanya dengan izin Allah. Ye la dengan team baru, budget yg tujuh ploh kali nak tukar. Pregnant yang tak disangka2.


Alhamdulillah...


So semalam untuk menenangkan jiwa raga kita pun survey la carrier yg nak suh kawan2 belikan untuk anak no 4 nih... Ececeh... sementelahnya kawan2 nak sponsor harusla men'survey' dengan mendalam.


Kalau korang join group Malaysian Babywearers, korang tau la betapa addictednya aku ngan ergonomic carrier yang seribu satu warna yang super cute. Yang aku nak share ni woven wrap kat Baby Pot Babywearing. Comei giler....



 
Sungguh mengancam biru ni




Yang banyak2 colour pon comeiiiii
 Melting....

Ok, ada sapa2 nak tolong sponsor yang kat atas ni???? Tak payah bagi hadiah lain dah.. *matakelip2*